Powered by Max Banner Ads

Pagi ni bila aku buka komputer di ofis, tiba-tiba keluar error ni…. NTLDR is missing…Press Ctrl+Alt+Del to restart. Aik…semalam elok je. Mula-mula, aku buka la DVD-ROM tu, ada sekeping CD yang sapa tah tinggalkan dalam tu. Try restart balik, masih keluar error yang sama. So, step seterusnya, aku Google la gunakan laptop yang baru aku beli..hehehehe.
Aku terjumpa satu site ni yang bagi guide camne nak setel. Ada dalam 10 kemungkinan dinyatakan dalam tu tapi aku suspect file NTLDR tu dah corrupt. So tanpa buang masa aku terus je cuba cara yang dinyatakan, iaitu copy 2 jenis fail dari CD Windows XP ke dalam C. Oh ye, OS yang aku gunakan ialah Windows XP…
Berikut langkah yang aku buat dan ternyata berhasil!!!
1. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD/DVD-ROM anda (pastikan First Boot device adalah CD/DVD-ROM)
2. Bila keluar ayat “Press any key to boot from CD”, tekanlah mana-mana kekunci di keyboard anda.
3. Tunggu hingga habis loading dalam setup menu tu. Kemudian tekan ‘R’ untuk repair windows
4. Kemudian tekan ‘1′ dan tekan Enter
5. Anda kemudian dikehendaki memasukkan password untuk Administrator. Jika anda tiada password administrator atau tidak pernah set password administrator tu, cuba tekan Enter. Kalau pernah set password administrator tapi tak ingat..sori….tips kali ni aku takleh nak bagi. …nanti aku dapat ilham aku bagi eee
6. Kemudian, anda perlu copy 2 fail ni dari CD Windows XP tadi ke dalam root PC anda..yang mana biasanya dalam C. Anda perlu tahu @ ingat terlebih dulu apa nama drive untuk CD/DVD-ROM tu. Contohnya, jika PC anda mempunyai 2 partition iaitu C dan D, biasanya E adalah drive CD/DVD-ROM. Taip je ikut apa yang tertulis di bawah ni:
copy e:\i386\ntldr c:\
copy e:\i386\ntdetect.com c:\
7. Bila dah buat seperti step di atas, keluarkan CD Windows XP anda dan restart komputer tu.
Step di atas berjaya memulihkan PC yang bermasalah tadi. Step tu mungkin tak berjaya kat semua PC, jadi anda boleh cuba pulak cara lain seperti dinyatakan dalam site yang aku bagi kat atas.
Selamat mencuba!!


.gif)




