Informasi ICT, Teknologi Maklumat dan Komunikasi » sejarah

Sejarah perisian sumber terbuka
Pada tahun 1950-an, IBM mengedarkan beberapa sistem pengendalian dalam format sumber terbuka, dan kumpulan yang dinamakan dengan SHARE ditubuhkan untuk memudahkan pertukaran kod sumber. Pada tahun 1960-an, para penyelidik yang berkerja di bawah ARPANET menggunakan proses yang dinamakan RFC untuk membangunkan protokol-protokol jaringan telekomunikasi. Proses kerjasama ini menyumbang kepada kelahiran Internet pada tahun 1969.

Istilah “sumber terbuka” mula dipopularkan ketika sesi strategi yang diadakan di Palo Alto, California. Sesi ini diadakan sebagai reaksi kepada pengumuman Netscape pada bulan Januari 1998 untuk membebaskan kod sumber produk Netscape Navigator. Individu yang menghadiri sesi tersebut termasuklah Cristine Peterson, Todd Anderson, Larry Augustin, Jon Hall, Sam Ockman dan Eric S. Raymond.

SEJARAH perisian sumber terbuka juga panjang dan berliku. Bermula dengan International Business Machines (IBM) memperkenalkan komputer komersial pertama pada 1960-an menggunakan perisian sistem operasi yang disediakan secara percuma (ia boleh dikongsi bersama pengguna lain kerana disertakan bersama kod sumber terbuka yang boleh diubah suai dan diperbaiki).

Bagaimanapun, keadaan itu berubah apabila penghujung 1960-an IBM tidak lagi membekalkan perisian berkenaan dan kemunculan model perisian komersial boleh dikesan pada pertengahan 1970-an. Gerakan perisian sumber terbuka sekarang diasaskan akibat kemunculan dua kumpulan utama yang mendukung pemberian perisian secara percuma di Amerika Syarikat.

Richard Stallman, bekas pengatur cara di Makmal Kepintaran Buatan MIT, melancarkan Projek GNU dan Yayasan Perisian Bebas. Matlamat utamanya ialah membangunkan perisian sistem operasi secara percuma serta bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan Stallman bermula dengan menyediakan perkakasan pengatur cara, misalnya pembangun dan penyunting.

Satu pihak lain ialah Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Universiti California di Berkeley untuk mempertingkat dan memperbaiki sistem Unix serta membangunkan banyak aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix.

Pada pertengahan 1990-an, kebanyakan projek perisian sumber terbuka menghasilkan perisian bermutu tinggi dan bermanfaat. Antara yang popular ialah Apache (popular sebagai pelayan WWW), Perl (digunakan di perpustakaan), XFree86 (dimanfaatkan untuk pelaksanaan X11 bagi komputer peribadi), GNOME dan KDE (kedua-duanya menyediakan set perpustakaan dan aplikasi secara konsisten untuk mesra guna PC).

Perisian paling terkemuka ialah Mozilla (projek perisian percuma yang dibiayai Netscape) untuk membangunkan pelayar bagi melayari WWW serta GNOME dan KDE kerana ia memberi peluang kepada pengguna bukan teknikal merasai pengalaman memanfaatkan PC.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mendapat suntikan berharga daripada Linus Torvalds, yang ketika itu menuntut di Universiti Helsinki, Finland. Linus yang amat meminati sistem UNIX kecil dikenali sebagai Minix menghasilkan satu sistem yang melepasi standard Minix.

Beliau memulakan kerjanya pada 1991 dan menghasilkan versi pertama 0.02 dan meneruskan penyelidikannya serta menghasilkan versi pertama kernel Linux. Kernel adalah jantung kepada sistem Linux yang dihasilkan menerusi Lesen Umum (GNU) manakala kod sumbernya adalah percuma kepada sesiapa saja yang memiliki idea untuk menambah baik perisian berkenaan.

Kelebihan Linux yang diedarkan secara percuma di samping ketahanannya, memiliki kepelbagaian fungsi dan mudah dimanfaatkan, menyebabkan ia muncul sebagai sistem operasi pilihan kepada Microsoft dan Unix.

Sebahagian besar kegunaan Linux adalah untuk pelayan manakala bagi kegunaan rumah dan pejabat, ia semakin mendapat sambutan daripada pengguna. Sistem operasi yang dihasilkan itu boleh digabungkan terus ke dalam cip mikro menerusi proses yang dikenali sebagai embedding dan semakin digunakan untuk peranti komunikasi lain.

Sejarah Unix
UNIX merupakan satu sistem pengendalian boleh pindah, penugasan berbilang dan pengguna berbilang yang pada asalnya dibangunkan oleh sekumpulan pekerja di AT&T Bell Labs termasuk Ken Thompson, Dennis Ritchie dan Douglas McIlroy.

Sejarah

1960-an dan 1970-an

Pada 1960an, Massachusetts Institute of Technology (MIT), AT&T Bell Labs dan General Electric bekerjasama dalam satu sistem pengendalian percubaan yang dipanggil Multics (Multiplexed Information and Computing Service), yang telah direkabentuk untuk digunakan ke atas komputer kerangka utama GE-645. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem pengendalian interaktif yang mempunyai banyak kemampuan yang luarbiasa, termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan. Projek tersebut berjaya menghasilkan pengeluaran yang boleh digunakan, tetapi pada awalnya, pengeluaran ini mempunyai prestasi yang agak mengecewakan.

AT&T Bell Labs telah menarik diri dan mengalihkan sumber-sumbernya ke tempat lain. Salah seorang dari pemaju dari kumpulan AT&T Bell Labs, iaitu Ken Thompson, terus memajukannya untuk komputer kerangka utama GE-645, dan menulis permainan komputer yang dipanggil “Space Travel“. Walau bagaimanapun, dia mendapati permainan tersebut sangat perlahan pada komputer GE. Dengan kos $75 sekali lalu dalam masa perkomputeran yang amat terhad, ian juga amat mahal.

Thompson menulis semula permainan tersebut di dalam DEC PDP-7 menggunakan bahasa perhimpunan dengan bantuan Dennis Ritchie. Pengalaman tersebut digabung pula dengan kerjanya dalam projek Multics, mengilhamkan Thompson untuk memulakan sistem pengendalian yang baru untuk DEC PDP-7. Thompson dan Ritchie yang mengetuai sekumpulan pemaju, termasuk Rudd Canaday, di Bell Labs, membangunkan sistem fail dan juga sistem pengendalian penugasan berbilang yang baru. Mereka memasukkan pentafsir arahan dan beberapa atur cara utiliti yang kecil. Projek tersebut digelarkan UNICS oleh Brian Kernighan, singkatan bagi “Uniplexed Information and Computing System“, kerana ia boleh menyokong dua pengguna pada masa yang sama. Disebabkan UNICS mempunyai makna yang tidak elok, ia kemudian telah ditukar kepada UNIX dan sejarah kelahirannya pun bermula.

Pada 1973, keputusan telah dibuat untuk menulis semula UNIX di dalam bahasa pengaturcaraan C. Perubahan ini bermakna UNIX pada masa hadapan akan lebih mudah diubahsuai untuk digunakan pada komputer yang berlainan (dengan itu menjadi boleh pindah), dan variasi yang berlainan boleh dibangunkan oleh pemaju yang lain. Kodnya sekarang yang kini lebih padat dan ringkas menyebabkan perkembangan pesat dalam pembangunan UNIX. AT&T menjual UNIX secara perlesenan kepada universiti dan firma komersial, termasuknya kerajaan Amerika Syarikat. Perlesenan ini merangkumi kesemua kod sumber kecuali kernel untuk komputer yang tertentu, yang mana ia ditulis menggunakan kod perhimpunan PDP-11.

Pembangunannya diteruskan, dengan versi 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan sehingga 1975. Kemudian versi ini menambah ‘paip’, menjadikan pembangunan kod asas yang lebih modular, pertumbuhan pembangunnya sentiasa bertambah. Sehingga 1978, lebih 600 komputer telah menggunakan UNIX dalam pelbagai keadaan. Versi 7, versi terakhir Penyelidikan UNIX akan dikeluarkan secara meluas, ia telah dikeluarkan pada 1979. Versi 8, 9 dan 10 telah dibangunkan sepanjang 1980-an tetapi ia hanya dikeluarkan kepada beberapa universiti, walaupun ia menghasilkan beberapa kertas yang menjelaskan cara kerjanya yang baru. Penyelidikan ini telah memacu pembangunan Pelan 9, satu sistem pengagihan yang baru.

1980-an

AT&T membina UNIX Sistem III, berasaskan Versi 7, sebagai versi komersial dan menjual produk tersebut secara terus. Versi pertamanya telah dilancarkan pada 1982. Walau bagaimanapun subsidiarinya, Western Electric, terus menjual versi UNIX lama, berasaskan sistem UNIX (versi 1 hingga 7). Untuk menamatkan kekeliruan diantara semua versi yang berbeza, AT&T telah mencantumkan pelbagai versi yang dibina di lain-lain universiti dan syarikat kedalam UNIX Sistem V Terbitan 1. Versi ini memperkenalkan perbagai ciri seperti ‘penyunting vi’ dan ‘curses’ (“curses” ialah perpustakaan perisian untuk sistem Unix dan serupanya yang dikawal oleh terminal), dari “UNIX Berkeley Software Distribution” yang dibangunkan oleh University of California, Berkeley (UCB). Ia juga menyokong komputer DEC VAX.

UNIX komersial yang baru dikeluarkan tidak lagi mengandungi kod sumber dan juga UCB masih terus membangunkan BSD UNIX sebagai alternatif kepada UNIX Sistem III dan V, yang pada asalnya atas senibina PDP-11 (keluaran BSD 2.x, berakhir dengan versi 2.10). Apapun aspek yang paling penting dalam usaha pembangunan BSD adalah penambahan kod rangkaian TCP/IP kepada kernel UNIX yang dipakaiguna umum. Usaha BSD menghasilkan lapan keluaran yang ketara yang mengandungi kod rangkaian: 4.1c, 4.2, 4.3, 4.3-Tahoe (“Tahoe” merupakan nama panggilan senibina CCI Power 6/32 yang merupakan port bukan-DEC bagi kernel BSD, 4.3-Reno (untuk menyamakan penamaan “Tahoe”, dan merupakan keluaran yang diperjudikan), Net2, 4.4, and 4.4-lite. Kod rangkaian yang terdapat dalam keluaran ini merupakan asal usul kepada boleh dikatakan semua kod rangkaian TCP/IP yang digunakan pada hari ini, termasuk kod yang kemudiannya dikeluarkan oleh AT&T dan Microsoft Windows.

Lain-lain syarikat mula menawarkan versi komersial UNIX untuk komputer mini atau stesen kerja komputer mereka. Kebanyakan UNIX komersial ini dibangunkan dari asas Sistem V dibawah lesen AT&T. Yang lainnya memilih BSD. Seorang dari pemaju utama BSD, Bill Joey, menubuhkan Sun Microsystems pada 1982 dan mencipta SunOS (sekarang Solaris) untuk stesen kerja komputer mereka. Pada 1980, Microsoft mengumumkan UNIX pertama mereka untuk pemproses 16-bit yang dipanggil Xenix, dimana Santa Cruz Operation (SCO) mencambahkannya kedalam pemproses Intel dalam tahun 1983, dan pada akhirnya mencawangkan Xenix kedalam SCO UNIX dalam tahun 1989.

AT&T menambah pelbagai ciri kedalam UNIX Sistem V, seperti penguncian fail, pentadbiran sistem, kawalan kerja (berdasarkan ITS), strim, sistem fail jauh dan TLI. Bagaimanapun diantara tahun 1987 dan 1988, AT&T membuat keputusan untuk menggabungkan Xenix, CSD, SunOS dan Sistem V kedalam Sistem V Terbitan 4 (SVR4). Keluaran baru menggabungkan kesemua ciri-ciri terdahulu kedalam satu bungkusan, dan menyuarakan berakhirnya persaingan versi. Ia juga meningkatkan bayaran lesen yang amat ketara.

1990-an

Pada 1991, sekumpulan pemaju BSD (Donn Seeley, Mike Karels, Bill Jolitz, and Trent Hein) telah meninggalkan University of California untuk menubuhkan Berkeley Software Design, Inc. (BSDI). BSDI merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan versi BSD UNIX yang berfungsi sepenuhnya untuk pelantara Intel yang mudah dan boleh didapati dimana saja, ia telah memulakan gelombang dalam penggunaan perkakasan yang murah dalam penghasilan perkomputeran. Tidak lama selepas ia ditubuhkan, Bill Jolitz telah meninggalkan BSDI untuk menghasilkan edaran 386BSD, yang secara amnya dikenali sebagai usul asal perisian-percuma FreeBSD, OpenBSD, and NetBSD.

Sehingga 1993 kesemua dari vendor komersial UNIX telah menukar variasi komersial mereka berasaskan SVR4, dan banyak ciri-ciri BSD ditambah ke atasnya.

Tidak lama selepas UNIX Sistem V Terbitan 4 dikeluarkan AT&T telah menjual segala hak mereka atas UNIX kepada Novell. Novell membangun kan versinya sendiri yang dipanggil UnixWare, mencantumkan Netwarenya dengan UNIX Sistem V Terbitan 4. Novell cuba menggunakan ini untuk menentang Windows NT, tetapi pasaran utama mereka terjejas dengan teruknya.

Pada 1994, Novell mengambil keputusan untuk memecahkan longgokan aset UNIX dan menjual sebahagian daripadanya. Cap dagangan UNIX dan hak persijilan dijual kepada X/Open Consortium, yang merupakan kumpulan industri yang menetapkan “Piawaian UNIX”. Akhirnya, X/OPEN and OSF (pesaing piawaian SVR4) bergabung dan membentuk Open Group. Beberapa piawaian oleh Open Group kini menetapkan apa yang merupakan dan apa yang tidak merupakan sistem pengendalian ‘UNIX’.

Pada 1995, pentadbiran perniagaan dan sokongan lesen UNIX yang wujud serta hak untuk meneruskan pembangunan kod asas Sistem V telah dipindahkan kepada Santa Cruz Operation. Novell mengekalkan hakcipta, hak veto terhadap aktiviti pelesenan SCO, dan 95% hasil-hasil lesen.

2000-an

Pada 2000, Santa Cruz Operation menjual kesemua aset dan perniagaan UNIX kepada Caldera Systems, yang kemudian menukar namanya kepada SCO Group. Pemain baru ini memulakan kempen perundangan keatas beberapa pengguna dan vendor Linux. SCO Group telah menawarkan beberapa teori perundangan terhadap beberapa kes. Selain mendakwa pelanggaran rahsia perniagaan oleh IBM, atau pelanggaran kontrak oleh bekas Santa Cruz yang telah bertukar kepada Linux. Teori yang paling jauh adalah kerja pembangunan yang dibuat oleh IBM keatas AIX dianggap kerja sampingan dan dengan sebab itu ia dianggap milik SCO. Jika ini benar, ia juga akan memberi kesan kepada semua lesen UNIX.

Walau bagaimanapun, Novell telah membantah kenyataan SCO group sebagai pemegang hakcipta sumber asas UNIX. Menurut Novell, SCO (begitu juga SCO group) hanya sebagai pemegang francais Novell. SCO group tidak bersetuju dengan ini, dan pertelingkahan ini menghasilkan kes saman SCO lawan Novell.

Sesungguhnya pada tika dan saat ini, SCO Group memegang hak ke atas kod sumber UNIX, Open Group memegang hak ke atas cap dagangan UNIX.

Sistem pengendalian klon UNIX yang bebas

Pada tahun 1983, Richard Stallman mengumumkan Projek GNU, ia merupakan satu usaha bercita-cita tinggi iaitu untuk membina satu sistem pengendalian klon UNIX yang boleh diedarkan atau digunakan secara bebas. GNU telah dapat mencipta banyak utiliti untuk UNIX seperti “Alatan GNU”, “Perpustakaan Perisian C GNU” dan sebagainya. Namun begitu percubaan GNU untuk memenuhi manifesto Stallman dengan menyediakan inti gantian untuk UNIX bergerak sangat perlahan.

Masalah inti gantian telah diselesaikan apabila Linus Torvalds mencipta inti Linux dan memberikan kepada awam. Kombinasi inti Linux dan “Alatan GNU” menjadikannya sebagai satu sistem pengendalian lengkap yang bebas dan dipanggil GNU/Linux atau secara amnya, Linux.

Walau bagaimanapun, GNU dan Linux bukan yang tunggal. Dengan penyelesaian saman pada 1994 diantara UNIX Systems Laboratories menentang University of California dan Berkeley Software Design Inc. (USL v. BSDi), BSD UNIX mengalamai pembaharuan. Saman tersebut telah mengesahkan Berkeley mempunyai hak untuk mengedarkan BSD UNIX — secara percuma, jika ia menginginknnya. Kemudian, keluaran BSD telah dibangunkan ke beberapa arah yang berlainan, menjadi projek yang sekarang dikenali sebagai FreeBSD, NetBSD dan OpenBSD. FreeBSD merupakan pilihan gantian bagi Linux, mempunyai sokongan yang kuat dan merupakan hasil sampingan BSD yang paling popular. OpenBSD terkenal dengan ciri-ciri keselamatannya, sementara NetBSD menjurus kepada mencambahkan sistem pengendalian ke dalam banyak pelantara.

Asal Usul Perkataan Internet
perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan  inter dan networking.

internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan              rangkaian komputer di antara satu sama lain di merata tempat di              dunia.

internet merupakan rangkaian terbesar di dunia.

komputer yang dihubungkan terdiri dari pelbagai jenama, saiz,              mahupun sistem operasi yang berlainan.

internet juga dikenali sebagai lebuhraya maklumat kerana ia              membolehkan anda mendapatkan pelbagai jenis maklumat dari              komputer-komputer yang dihubungkan dalam rangkaian.

Sejarah CD
Teknologi CD (Compact Disc) dibangunkan oleh Philips dan Sony pada tahun 1982 sebagai satu media baru untuk muzik. Walaupun ia tidak bertujuan untuk digunakan pada komputer tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjadikannya sebahagian daripada komputer. Spesifikasi untuk CD-ROM dikeluarkan pada tahun 1984 dan sebuah storan baru untuk komputer dilahirkan.

Spesifikasi baru telah dibuat untuk teknologi CD dan ia telah disatukan ke dalam buku-buku bagi menjamin piawaian dan keserasian dalam keseluruhan industri. Buku-buku ini mengandungi maklumat terperinci bagaimana teknologi CD beroperasi.

cd

Buku pertama iaitu untuk spesifikasi CD audio digelar buku Merah (Red Book). Buku ini menerangkan ciri-ciri fizikal CD dan pengenkodan digital. Setelah itu lahir pula buku Kuning (Yellow Book) yang mengandungi standard CD untuk komputer menerusi spesifikasi CD-ROM (1984) dan perpindahan pemain CD kepada komputer.

Buku Hijau (Green Book) pula dikeluarkan pada 1987 dan menerangkan spesifikasi dan fungsi media dan pemain CD-I (interaktif). Buku ini juga telah membawa video MPEG kepada CD. Buku seterusnya ialah buku Oren (Orange Book) yang menerangkan mengenai media optikal boleh rekod dan spesifikasi CD-MO (Magneto Optical), CD-R, dan CD-RW.

Sejurus lepas itu buku Putih (Whie Book) pula dikeluarkan yang menerangkan spesifikasi untuk CD Video pada tahun 1993 dan ia telah mengembangkan keupayaan video untuk CD. Buku ini telah dikemaskini beberapa kali.

Buku terakhir ialah buku Biru (Blue Book) yang menerangkan mengenai CD muzik tahap yang lebih tinggi. CD dalam kategori ini boleh dimainkan dalam pemain CD audio dan PC. Ia juga serasi dengan pemain CD terkini.

Evolusi komputer
Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940 .  Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :

Generasi Pertama (1940-1959)

Generasi Kedua (1959-1964)

Generasi Ketiga (1964-1980)

Generasi Keempat (1980 –                                  Sekarang)

Generasi Kelima (Masa Depan)

GENERASI PERTAMA

Komputer tahun 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).

Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.

Dalam tahun 1946, komputer                                elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator)                                telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan  Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.

Penyimpanan ingatan di dalam                                komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep                                Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept)                                telah dicadangkan oleh John Von Neumann  yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi                                melakukan tugas pemprosesan dan storan.

EDSAC (Electronic                                Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.

Dr. John Mauchly dan Presper                                Eckert juga telah membantu pembinaan komputer  EDVAC (Electronic Discrete Variable                                Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal                                Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.

GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.

Bahasa peringkat tinggi iaitu                               FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir.

Keluarga kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International                                Business Machine) dengan komputer mini mereka,                               7090 dan 7094.

GENERASI KETIGA

IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large                                Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple                                II, IBM PC, NEC PC dan  Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC,  Pascal, C, Logo dan PL/1.

Mikrokomputer dibekalkan dengan                                cip ROM (Read Only Memory) secara                                bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

GENERASI KEEMPAT

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer)                                seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi                                seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan                                beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau  Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya                                juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan ‘multimedia’ yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network),                                Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area                                Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International                                Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !.

Perisian-perisian bina-siap (ready                                made) telah menjadi suatu kemestian.                                Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

GENERASI KELIMA

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil ‘Artificial Intelligence‘ akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan Ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama ‘Star Wars‘ ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai maklumat tentang pengguna tersebut.

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya! Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan ‘video conference‘ dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

Sejarah komputer
Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah sebuah komputer elektronik pertama di dunia,  dikenali denga nama ABC (Atanasoft and Berry Computer).

Komputer yang menempuh pencapaian yang membuka jendela komputer moden pada hari ini dicipta oleh Atansoft bersama rakannya Benny.

Ciptaan kedua-dua sahabat ini mengira                          dengan menggunakan tiub hampagas.

Pada dekad yang sama, seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly berjaya mencipta komputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Electronic                          Numerator,                          Integrator, Analyser and Computer).

Malangnya tujuan utama komputer dicipta                          ketika itu bagi tujuan peperangan.

Saingan mencipta komputer semakin rancak                          apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagi komputer.                          Ia dikenali dengan nama EDSAC (Electronic                          Delay Storage                          Automatic Computer) di Universiti Cambridge.

Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakan sebagai alatan am yang                          beroperasi di bawah kawalan aturcara tersimpan.

Aturcara tersimpan merupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.

Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan   mencipta komputer yang lebih canggih semakin hebat. Pelbagai jenis komputer, jenama dan kegunaan dihasilkan hinggalah ke hari ini.