Informasi ICT, Teknologi Maklumat dan Komunikasi » fiber optik

Bagaimana fiber optik berfungsi?
Fiber optik atau gentian optik merupakan              teknologi yang semakin penting ketika ini yang amat bergantung              kepada komunikasi dan perkongsian data antara satu sama lain.

Seperti juga fungsinya batang paip yang berfungsi          sebagai pembawa air dari satu tempat ke tempat lain, begitu juga dengan          talian atau kabel fiber optik. Dengan kabel fiber optik, seluruh dunia          kini dapat dihubungkan samada untuk untuk komunikasi suara (panggilan          telefon) atau menggunakan internet atau bertukar emel dalam masa          beberapa saat sahaja.

Apa itu fiber optik?

Pengembaraan maklumat (data) setakat yang kita nampak          seperti telefon di rumah. Apabila kita bercakap, satu kabel akan membawa          suara itu dari rumah kita kepada ibu sawat telefon yang kemudiannya          membawa data itu kepada rumah rakan kita. Kabel yang digunakan dikenali          sebagai copper wire (wayar tembaga).

Manakala telefon bimbit pula menghantar data          menggunakan gelombang radio dan ia dikenali sebagai teknologi  wireless (tanpa wayar) kerana tidak menggunakan kabel.

Kabel fiber optik pula menghantar maklumat yang          dikodkan dalam pancaran cahaya melalui kabel yang mempunyai talian          berbentuk kaca atau plastik.

Kabel dengan teknologi ini mulanya dicipta pada tahun          1950-an untuk membantu doktor melihat ke dalam badan manusia tanpa perlu          melakukan pembedahan.

Pada tahun 1960-an pula, para jurutera mendapat cara          untuk menggunakan teknologi fiber optik ini bagi memindahkan panggilan          telefon dengan kelajuan cahaya.

Teknologi Optikal

Kabel fiber optik  diperbuat daripada 100 atau          lebih lembaran halus kaca atau plastik yang dikenali sebagai fiber          optikal.

Setiap dari lembaran itu 10 kali lebih halus daripada          sehelai rambut manusia serta mampu membawa panggilan suara untuk          kegunaan 10 juta pemanggil!

Kabel fiber optik menghubungkan maklumat untuk 2          kawasan menggunakan teknologi berasaskan optikal (cahaya) sepenuhnya.

Bagaimana ia beroperasi?

Cahaya bergerak melalui kabel fiber optik dengan          melantun-lantun di dalam dinding kabel itu. Setiap photon (partikel          cahaya) yang halus akan terus melantun di dalam kabel atau ‘paip kaca’          itu sehingga ke penghujungnya.

Tetapi jika cahaya itu mengenai kaca dalam sudut yang          rendah (kurang daripada 42 darjah), ia akan melakukan pantulan seperti          terkena cermin. Fenomena ini dikenali sebagai pantulan dalaman          menyeluruh (total internal reflection) dan menyebabkan cahaya itu          sentiasa berada dalam kabel tersebut.

Perkara lain yang menyebabkan cahaya itu sentiasa          berada dalam kabel ialah struktur kabel yang terdiri daripada 2 bahagian          :

Bahagian utama kabel yang terletak di tengah dikenali          sebagai core (teras).  Cahaya akan melalui kabel          teras ini.

Di luar kabel teras ini, terdapat satu lagi lapisan          kaca yang dikenali sebagai cladding. Tugas lapisan  cladding ini ialah untuk memastikan signal cahaya sentiasa berada          dalam talian teras.

Disebabkan ianya diperbuat daripada bahan yang          berlainan, cahaya yang melalui kabel cladding bergerak dalam          kelajuan yang perlahan berbanding dalam kabel teras. Mana-mana cahaya          yang terlepas keluar dari kabel teras akan dipantulkan kembali oleh          lapisan cladding kepada kabel teras.