Powered by Max Banner Ads
Dalam bidang perkomputeran, Sistem Operasi @ Sistem Pengoperasian @ Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan, dan pelayar web.
Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).
Sistem Operasi memastikan [aplikasi/program/perisian] lain berupaya mengguna memori, perkakasan/peranti input-output, dan mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (file system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan (run), Sistem Operasi menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.
Sehingga awal tahun 2004, Sistem Operasi terkenal yang tersebar luas penggunaannya dalam Komputer Peribadi, telah bergabung kepada 2 keluarga : Keluarga Microsoft Windows, dan Keluarga ala-Unix (ini termasuk pelbagai definisi Unix yang berbeza, Linux dan Mac OS X).
Unix diguna secara meluas di institusi akademik dan sebagai aplikasi sokongan (back-end implementation), manakala Windows lebih laris digunakan di kalangan Pengguna biasa (home user), selain daripada perniagaan untuk kegunaan muka (front-end). Sebagai Pelanggan, Windows jauh lebih luas penggunaannya, dan ini meletak pasaran saham Microsoft dalam peratusan 90-98%. Linux merupakan Sistem Operasi yang lebih banyak diguna sebagai Pelayan Web (Web Server), dan sekarang sudah mula diguna di rumah serta persekitaran Perniagaan. Disebabkan ia percuma, Sistem Operasi ini mula mendapat tempat di sebahagian syarikat. Mac OS X (yang mengguna sistem Unix), serta warisan awalnya, lebih laris di kalangan pengguna biasa dan dalam bidang multimedia.







