Powered by Max Banner Ads
Antivirus adalah perisian yang digunakan untuk mengesan serta memusnahkan virus komputer. Harus difahami bahawa walaupun komputer anda telah dipasang dengan perisian antivirus, ia tidak akan bermakna jika anda tidak mengemaskini (update) perisian antivirus itu. Selalulah mengemaskini perisian antivirus anda kerana ketika ini virus merebak dan muncul dengan amat pantas sekali.
Terdapat banyak jenis antivirus dipasaran samada yang percuma mahupun berbayar. Contoh antivirus percuma ialah AVG dan Antivir manakala yang berbayar pula seperti Norton Antivirus dan McAfee.







