Powered by Max Banner Ads
Topologi rangkaian membawa maksud bagaimana komputer-komputer disambungkan antara satu sama lain melalui cara pemetaan.
Antara jenis topologi ialah :
- Topologi Bas (Bus Topology)
- Topologi Bintang (Star Topology)
- Topologi Cincin (Ring Topology)
Topologi Bas (Bus Topology)
Topologi jenis ini bergantung sepenuhnya kepada satu kabel yang menjadi tunjang dan nadi utama kepada komputer-komputer dalam rangkaian ini. Biasa digunakan dalam persekitaran yang menggunakan kabel jenis Coaxial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik pemula serta titik penutup (terminator) yang dipasang pada tiap satu penghujungnya. Komputer peribadi, pelayan (server) serta pencetak dirangkaikan di antara dua titik ini.
Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi jenis ini biasa digunakan dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Topologi rangkaian jenis ini biasanya menjadi pilihan untuk kegunaan maksimum dan pada tahap tertinggi. Syarikat besar dan multinasional, institut pengajian tinggi serta sektor pembuatan dan perkilangan amat sesuai menggunakan topologi jenis bintang.
Topologi Cincin (Ring Topology)

Topologi cincin kurang popular jika dibandingkan dengan topologi bas dan topologi bintang. Topologi jenis ini menyerupai sebuah bulatan atau cincin.
Dalam topologi jenis ini, setiap komputer amat bergantung antara satu sama lain. Jika sebuah komputer rosak atau bermasalah, maka keseluruhan rangkaian akan lumpuh dan tidak dapat berfungsi. Tapi, kos membangunkan topologi rangkaian jenis ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan topologi jenis lain.




.gif)



