Informasi ICT, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Review : Apple iPad
Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. iPad pula telah menghapuskan rekaan  keyboard. Steve Jobs memang tahu akan kepentingan keyboard kepada pengguna. Penyingkiran keyboard sebenar dibuat atas keyakinan pada teknologi multi-sentuhan Apple.

iPad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin iPad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad; versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi luaran untuk versi Wi-Fi dan versi 3G. Bahagian belakang versi Wi-Fi ditutupi penuh dengan bahan aloi aluminium yang berwarna perak cerah. Versi 3G pula memerlukan rekaan board 3G dan bagi membolehkan pengguna menukar kad SIM, maka bahagian belakangnya terdapat sekeping rak kad SIM berwarna hitam. Inilah perbezaan utama untuk kedua-dua versi iPad.

Tapi, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini; iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin iPad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Kawalan sentuh multi-sentuhan yang unggul

iPad mewarisi rekaan Apple iPhone yang ringkas dan menyokong multi-sentuhan. Terdapat 1000 titik pengesan yang sensitif pada skrin 9.7 inci tersebut. iPad dilengkapi accelerator yang akan menukar skrin paparan secara automatik jika badannya diputar samada secara melintang atau menegak. Port sambungan iPad adalah sangat terhad. Selain port sambungan dasar di bahagian bawah, hanya terdapat butang Power dan port earphone 3.5mm di bahagian atas. iPad tidak mempunyai port sambungan USB.

Dari segi bateri, ketahanan bateri iPad jauh lebih baik dibandingkan dengan iPhone. Ia menyokong penyiaran video selama 10 – 12 jam dan masa standby selama sebulan! Jika bateri rosak, penukaran bateri hanya boleh dilakukan dengan cara menukar seluruh iPad! Bayaran caj perkhidmatan USD99 (lebih kurang RM320) dan caj penghantaran USD6.95 (lebih kurang RM23) dikenakan dan perlu menunggu selama seminggu. Pengguna jugaperlu membuat salinan data sendiri. Inilah antara kelemahan iPad.

Selain itu, kawalan sentuh bagi iPad adalah cemerlang, maka kebanyakan operasi tidak memerlukan penyambungan tetikus. Untuk pengguna iPhone yang berpengalaman, skrin kawalan sentuh 3.5 inci iPhone boleh melakukan pelbagai operasi seperti copy & paste, download, penghantaran emel, pelayaran laman web dan sebagainya. Pengendalian skrin kawalan sentuh iPad selebar 9.7 inci pula adalah lebih memudahkan.

iTunes diperlukan untuk mengaktifkan iPad

iPad yang baru dibeli tidak dapat digunakan terus tetapi perlu diaktifkan melalui iTunes edisi baru 9.1. iPad mempunyai 4 program aplikasi utama iaitu Safari, Mail, Photos dan iPod. Skrin utama membekalkan pelbagai program aplikasi seperti contact, memo, peta, video, YouTube, iTunes, AppStore, iBooks, iWork dan sebagainya.

Tidak menyokong Flash

Walaupun iPad adalah handal dan berteknologi tinggi, tetapi ia tidak menyokong teknologi Flash dari syarikat Adobe. Steve Jobs menjelaskan bahawa ini adalah masalah Adobe kerana kestabilan dan keselamatan system akan terpengaruh jika Flash tidak dibaiki. Misalnya, teknologi Flash akan mempengaruhi ketahanan bateri iPad. Bateri iPad boleh bertahan selama 10 jam jika tidak menyokong Flash; selepas menyokong Flash, baterinya hanya dapat bertahan selama 2 jam sahaja! Inilah sebab iPad menyingkirkan penyokongan Flash. CEO Adobe pula berkata bahawa iPad tidak menyokong Flash bukan disebabkan pihak Adobe, tetapi ini adalah masalah Apple. Dia juga berkata bahawa Adobe selalu bertungkus lumus menyesuaikan Flash pada pelbagai platform, masalah iPad tidak menyokong Flash tidak berkaitan dengan teknologi mereka.

Ciri-ciri lain

iBooks – dengan iBooks, pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. Kecerahan skrin juga boleh dilaraskan secara manual.

Saiz – saiz iPad lebih kecil daripada saiz kertas A4.

Keyboard –  keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Walaupun keyboard virtual ini tiada butang sebenar untuk ditekan, tetapi inputnya adalah mudah. Bagaimanapun, apabila iPad ini diletakkan secara menegak, butang keyboard virtual berkenaan akan menjadi lebih kecil dan susah ditekan.

iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru

Kejayaan iPad bukan disebabkan hardware, tetapi disebabkan pemikiran. Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiada keyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakan hardware yang disokong oleh banyak Apps. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad.

Dengan kata lain, melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa, malah boleh membuat rekaan sendiri jika diperlukan. iPad tidak sempurna, namun ia tetap merupakan satu produk era baru.

Spesifikasi Apple iPad
Prosesor

-         Apple A4 system-on-a-chip 1GHz

Storage

-         16GB / 32GB / 64GB

-         Flash Drive

Memori

-         256 MB DRAM

Display

-         1024 x 768

Skrin

-         9.7 inci xGA (1024×768 piksel)

-          teknologi IPS LED – Backlit

-          kawalan sentuh multi-sentuhan

Saiz

-         242.8 x 189.7 x 13.4mm

Berat

-         680g (Versi Wi-Fi)

-         730g (Versi Wi-Fi + 3G)

Sistem Operasi

-         iOS 3.2 (build 7B367)

Masa penggunaan

-         10 jam secara berterusan

-          30 hari (masa standby)

Lain-lain

-         IEEE 802.11a/b/g/n WLAN

-         Bluetooth v2.1

-         Port earphone 3.5mm

-         Speaker terbina dalam

-         Dock connector

-         3.5 MODEM /port SIM kad (hanya untuk versi Wi-Fi +3G)

Buat Duit Di Internet : Wajib Ada Akaun Paypal
Paypal Oh Paypal. Kalau sebut buat duit di Internet, nama Paypal pasti akan disebut paling kurang sekali. Agaknya mengapa? Mudah sahaja jawapannya, sebab akaun Paypal amat mudah untuk dibuka dan digunakan.

Jika mahu buat duit di Internet terutama di pasaran luar, sama ada menjual produk digital, produk fizikal, servis atau program buat duit, Paypal amat-amat membantu. Boleh dikatakan 85% kebanyakan program dan usaha buat duit menggunakan Paypal.

Masakah tidak, anda mampu menerima bayaran daripada pelanggan dalam masa beberapa saat sahaja! Dan anda dapat menggunakan wang itu terus tanpa menunggu tempoh bertenang. Menarik bukan? Tapi ia tidak menarik jika anda tidak mempunyai akaun Paypal.

Jika anda masih belum ada akaun Paypal yang sah (verified), usah gusar dan pening kepala kerana ada panduan yang boleh membantu anda, iaitu Panduan Asas Paypal.

http://www.in4ict.com/panduanpaypal

Walaupun ia boleh membantu, ia sekadar membantu proses kefahaman anda dan menjelaskan langkah demi langkah yang perlu anda lakukan. Ia tetap memerlukan usaha dan tindakan daripada anda. Sedikit sebanyak panduan ini menunjukkan jalan apa yang perlu dilakukan dengan tertib dan teliti.

Dapatkan panduan ini dengan segera, beserta material-material tambahan yang disediakan bersama seperti video penerangan ringkas. Video ini adalah bahan tambahan sahaja agar apa yang dibaca pada ebook akan lebih difahami.

Dijamin anda berpuas hati dengan produk yang tiada hype ini. Apa yang anda baca, itu yang anda dapat. Tiada janji-janji manis. Klik pada link di bawah @ imej di sebelah  untuk maklumat lanjut dan pembelian.

http://www.in4ict.com/panduanpaypal

Kelebihan dan kelemahan Apple iPad
Syarikat Apple (Apple Inc.) akhirnya telah melancarkan produk Tablet PC diberi nama iPad yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat produk jenama Apple. Sebelum iPad dilancarkan, peminat-peminat produk Apple berharap supaya iPad dapat menandingi iPhone sebagai gajet digital yang terbaik dalam kelasnya. Namun, selepas iPad dilancarkan, ramai orang yang berasa kecewa dan mengatakan bahawa hanyalah iPod Touch / iPhone versi besar; tiada sebarang kreativiti, keunggulan atau beza.

Sebelum ini terdapat banyak gambar yang diwar-warkan sebagai iPad dipaparkan di internet, sesetengah rekaan betul-betul serupa dengan iPhone tetapi dalam versi yang lebih besar. Apabila CEO Syarikat Apple, Steve Jobs menunjukkan identiti sebenar iPad, ia memang merupakan versi besar untuk iPhone 2G; tetapi badannya lebih nipis, dengan ketebalan hanya 13.4mm, jauh lebih nipis daripada netbook atau Tablet PC lain yang sedia ada di pasaran. Dengan ketebalan sebagitu, ia mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai digunapakai tidak kira samada anda pelajar, ahli perniagaan, eksekutif mahupun suri rumah.

Penerapan skrin multi-sentuhan

Dari segi fungsi dan spesifikasi, iPad amat menyerupai iPhone. Misalnya, terdapat fungsi accelerometer, multi-sentuhan dan banyak lagi. Tetapi skrinnnya bukan sahaja sebesar 9.7 inci, malahan ia turut menyokong resolusi XGA (1024 x 768 piksel), menggunakan panel IPS (intrusion prevention system), serta sudut penglihatan (viewing angle) setinggi 178 darjah; dimana pengguna dapat memperoleh efek yang jelas tanpa perlu memandang skrin secara menegak.

Selain itu, permukaan skrinnya disaluti lapisan kalis minyak “Fingerprint Resistant Oleophobic Coating”, berfungsi bagi mengurangkan kesan cap jari pada skrin. Fungsi pelarasan kecerahan automatik pula memastikan iPad sentiasa memaparkan kualiti yang terbaik.

HD 3D terhandal

Bagi meningkatkan fungsi iPad, pihak Apple telah menghasilkan prosesor baru diberi nama Apple A4. Prosesor ini mempunyai struktur ARM, frekuensinya mencapai 1GHz. Walaupun tidak dipasang dengan sistem operasi Mac OSX atau Windows, dengan sistem operasi yang khas, ia mampu berfungsi dengan lancar seperti iPhone.

Core paparan yang terbina dalam prosesor menyokong penyiaran video H.264  HD 720p. Selain itu, ia menyokong Open L; jika digunakan untuk  permainan 3D seperti Need For SpeedL SHIFT, SNowCross dan lain-lain, kualitinya  akan mendahului iPhone sekarang dengan agak berbeza dan menghampiri  tahap PSP. iPad menggunakan Flash memory untuk menyimpan data dan  membekalkan 3 pilihan kapasiti iaitu 16GB, 32GB dan 64GB.

Kelemahan iPad

Setakat ini, iPad hanya menyokong 9 bahasa sahaja iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Belanda, Itali, Sepanyol, Cina (Simplified) dan Russsia. Sistem operasinya tidak menyokong pengendalian multi-tugasan (multi-function); pengguna tidak dapat menggunakan dua perisian serentak dalam satu masa.

Fungsi sambungan iPad jugak agak terhad. Ia TIADA port sambungan USB, alat pembaca kad, port HDMI, mahupun webcam. Hanya terdapat satu port sambungan diberi nama Dock Connector.

Perisian Menulis Artikel Dalam Bahasa Inggeris
Pernahkah anda bercita-cita menulis artikel dalam Bahasa Inggeris?  Nak tulis tapi tak ada idea? Cuba buat carian di Google, Yahoo seharian  tapi sukar untuk mendapatkan artikel seperti mengikut ‘keyword’yang kita  mahu? Ikhlas saya katakan, saya juga seperti anda mahu menulis artikel  dalam Bahasa Inggeris untuk di hantar ke Artikel Direktori tapi oleh  kerana tiada idea dan lemah dalam Bahasa Inggeris, saya terpaksa  melupakannya. Kepada anda yang mempunyai website adsense, inilah masanya  anda menulis artikel anda sendiri!

Mungkin ada juga antara anda yang berjaya mendapat idea menulis  artikel dengan menggunakan engin carian di internet cuma mengapa tidak  anda gunakan ’shortcut’yang saya sediakan ni? Ya, dengan perisian ini,  anda hanya perlu masukkan kata kunci dan tekan butang ‘go’, itu sahaja.

Menariknya, jika anda dapatkan perisian menulis artikel ini  sekarang,anda akan mendapat bonus utama bernilai ratusan ringgit iaitu  ‘Panduan Clickbank’ tulisan saudara Mawardee, salah seorang IM yang  terkenal di Malaysia. Saya bimbang jika Puan Suraya akan berubah fikiran  menaikkan harga esok atau lusa selepas itu dan yang pasti pasti  ‘Panduan Clikbank’ akan dijual dengan harga yang lebih tinggi selepas  ini.

Ini bukan promosi, cuma saya benar-benar mahu anda bertindak sekarang  dan menghargai peluang yang datang ini. Jadi apa yang anda tunggu lagi,  dapatkanlah segera sebelum harganya naik bila2 masa sahaja!

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

75 peratus organisasi alami serangan siber
Kalau di rumah, kebanyakan pengguna mungkin berhati-hati menggunakan  komputer peribadi (PC) bagi mengelakkan serangan virus yang tersebar  secara berleluasa kerana ia mampu memusnahkan pelbagai data peribadi,  malah lebih parah lagi menjahanamkan peranti mereka.

Adakah perkara sama dilakukan ketika pengguna berada di pejabat? Sudah  tentu sama kerana data yang dimiliki lebih berharga dan sensitif.

Baru-baru  ini, syarikat keselamatan enterpris, Symantec Corporation mendedahkan  kandungan kajian Penemuan Global Negara 2010 mengenai keselamatan  enterpris.

Hasilnya, penemuan mengejutkan apabila Symantec  mendapati organisasi di peringkat global termasuk kajian di Malaysia  menunjukkan masalah keselamatan berada di kedudukan teratas yang menjadi  kerisauan pengguna komputer berbanding masalah lain.

Tambah  mendukacitakan kajian mendapati 75 peratus organisasi global mengalami  serangan siber sejak 12 bulan yang lalu manakala Malaysia mencatatkan  angka 50 peratus.

Lebih memburukkan keadaan, syarikat  terbabit terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM6.8 juta setahun untuk  mengatasi masalah terbabit yang pastinya merugikan.

Perunding Utama Keselamatan Syarikat Symantec Malaysia, Paul Woo  memaklumkan kajian menunjukkan kebocoran sistem yang mengundang virus  banyak disebabkan kecuaian pekerja organisasi itu sendiri.

“Terdapat  segelintir pekerja yang terlalu yakin dengan keupayaan keselamatan  syarikat sehingga beranggapan mereka boleh berbuat apa saja termasuk  pindah turun, membuka fail dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya,”  katanya.

Menurut Woo, pekerja syarikat perlu bertanggungjawab  memelihara keselamatan teknologi maklumat (IT) organisasi kerana ia  boleh merugikan mereka pada masa depan.

“Mereka perlu berhati-hati ketika melayari Internet dan tidak harus  membuka fail yang diragui kesahihannya serta memeriksa kandungan pemacu  mudah alih kerana ia mungkin mengandungi maklumat terdedah kepada  virus,” katanya.

Tambahnya, syarikat disarankan menyediakan  polisi IT yang jelas serta memberi pemahaman kepada pekerja bagi  mendedahkan mereka kepada kesan virus dan kebocoran maklumat ke atas  data syarikat.

Hakikatnya, akses terhadap penggunaan IT hanya  diberikan bagi tujuan spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu  atas dasar read only saja.  Ini bermakna akses pelayaran Internet atau  komputer peribadi (PC) hanya diberikan sekiranya peranan atau fungsi  pengguna yang memerlukan maklumat terbabit memiliki alasan kukuh.

Hak  akses pengguna hanya diberi pada tahap set paling minimum iaitu untuk  membaca atau melihat saja manakala kelulusan perlu diwujudkan yang  membolehkan pengguna mencipta, menyimpan, mengemaskini, mengubah atau  membatalkan maklumat.

Ia boleh dikaji dari masa ke semasa  berdasarkan peranan dan tanggungjawab pengguna atau bidang tugas  masing-masing.

Syarikat juga mempunyai pilihan melakukan pengauditan untuk mengenal  pasti insiden berkaitan keselamatan atau keadaan yang mengancam  keselamatan membabitkan pemeliharaan rekod berkaitan tindakan  keselamatan.  Menerusi langkah terbabit, aset IT seperti PC, pelayan, router, firewall dan rangkaian mampu ditentukan dengan bijak selain  menyimpan log tindakan keselamatan.

“Masalah menyalin maklumat  perniagaan untuk digunakan di luar turut memberi kesan kepada faktor  keselamatan yang perlu dititik beratkan syarikat,” kata Woo.

Bagi  organisasi, media storan perlu diberi perhatian khusus kerana ia  berupaya menyimpan maklumat besar yang secara tidak langsung mengandungi  jumlah data syarikat berganda.

Turut tidak terlepas dari  kajian Symantec itu ialah keselamatan syarikat menjadi lebih sukar  kerana kekurangan tenaga kerja yang berupaya mengawal kekuatan IT dalam  organisasi.

“Melindungi maklumat sekarang lebih mencabar  daripada sebelumnya,” kata Woo.

Katanya, syarikat perlu  menyediakan blueprint yang melindungi keselamatan prasarana dan  maklumat mereka, memeriksa dasar IT, dan mengatur sistem lebih cekap  untuk perniagaan.

“Masalah menyalin maklumat  perniagaan untuk digunakan di luar turut memberi kesan kepada faktor  keselamatan yang perlu dititik beratkan syarikat,” kata Woo.

Bagi  organisasi, media storan perlu diberi perhatian khusus kerana ia  berupaya menyimpan maklumat besar yang secara tidak langsung mengandungi  jumlah data syarikat berganda.

Turut tidak terlepas dari  kajian Symantec itu ialah keselamatan syarikat menjadi lebih sukar  kerana kekurangan tenaga kerja yang berupaya mengawal kekuatan IT dalam  organisasi.

“Melindungi maklumat sekarang lebih mencabar  daripada sebelumnya,” kata Woo.

Katanya, syarikat perlu  menyediakan blueprint yang melindungi keselamatan prasarana dan  maklumat mereka, memeriksa dasar IT, dan mengatur sistem lebih cekap  untuk perniagaan.

“Langkah terbabit mampu meningkatkan daya  saing mereka di dunia yang memerlukan perniagaan berasaskan maklumat  cekap ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Symantec  Malaysia, Suzie Tan, berkata syarikat perlu bersedia dalam memelihara  keselamatan IT kerana ia adalah tanggungjawab hidup mati yang  membabitkan urusan perniagaan “Tidak hairan, kajian di Malaysia  menunjukkan kebanyakan syarikat bimbang risiko keselamatan yang mampu  menjejaskan perniagaan mereka.

“Ia menjadi keprihatinan utama  melebihi masalah lain seperti bencana alam, keganasan dan kecurian,”  katanya.

Mengukuhkan kenyataan terbabit, kajian dilakukan  Symantec itu menunjukkan 100 peratus pegawai IT menumpukan usaha  memantapkan keselamatan syarikat dengan menghabiskan masa untuk  mengawalnya.

“Dari kaji selidik ke atas 1,780 enterpris di  seluruh dunia pada tahun lalu, 100 peratus mengatakan mereka mengalami  kerugian siber,” kata Tan.

Beliau mendedahkan syarikat terbabit turut mengalami kebocoran  maklumat melalui pencurian harta intelektual, maklumat kad kredit  pelanggan atau maklumat kewangan lain dan pencurian maklumat peribadi.

“Secara global, kerugian ini diterjemahkan melalui peningkatan kos  kewangan, mengurangkan produktiviti, pendapatan dan kehilangan  kepercayaan pelanggan,” katanya.

Di Malaysia, kerugian  paling umum dilaporkan adalah kecurian maklumat kad kredit pelanggan,  kecurian data peribadi pelanggan, kecurian maklumat kesihatan pelanggan,  kecurian data syarikat lain atau kecurian identiti.

“Kecurian  maklumat kesihatan pelanggan agak unik mungkin kerana faktor kesihatan  penduduk di negara ini yang boleh menguntungkan pihak tertentu,”  katanya.

“Bank Commercial Abu Dhabi adalah contoh yang baik  dari aspek organisasi yang menempatkan strategi keselamatan berkesan  dengan memberi penekanan kepada mengatasi masalah secara proaktif,” kata  Woo pula.

Katanya, bank terbabit mempunyai penyelesaian lengkap dan  perkhidmatan perlindungan yang beroperasi 24 jam, pemantauan ancaman  serta tindak balas.

Symantec mencadangkan organisasi perlu  melindungi prasarana mereka dengan melindungi sistem belakang dan  memerhatikan persekitaran web.

Selain itu, organisasi perlu  membela pelayan dan memulih serta memelihara data sepantas mungkin.

Pentadbir IT perlu melindungi maklumat secara proaktif dengan  mengambil pendekatan serius untuk melindungi maklumat dan berinteraksi  dengan cekap.

Dengan pendekatan kandungan yang mantap, ia  mampu melindungi maklumat dengan mengetahui di mana maklumat sensitif  yang mempunyai akses dan bagaimana ia datang atau meninggalkan  organisasi anda.

Sumber : Harian Metro

SMS palsu guna nama syarikat telekomunikasi
Statistik terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  (SKMM) menunjukkan pelanggan telefon bimbit di negara ini berjumlah  30.3 juta pada akhir tahun lalu dengan kadar penembusan sebanyak 106.2  peratus.

Perkembangan itu membuktikan masyarakat bebas menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai satu kaedah berkomunikasi yang diakses menerusi peranti terbabit.

Sayangnya, ia turut mengundang jenayah siber yang cuba mengeksploitasi kemudahan terbabit untuk kepentingan kewangan dengan menghantar SMS palsu atau menipu menggunakan SMS yang dikirim kepada pengguna.

Lebih membimbangkan, masih ramai pula pengguna yang terpedaya berikutan kurangnya kesedaran mengenai masalah ini atau rambang mata dengan tawaran hadiah palsu mengujakan dihantar penyamun digital itu.

Mungkin anda pernah menerima SMS seperti disenaraikan di bawah. Antaranya ialah:

Dear valued customer. RM70 will be credited into your account. To activate type 7 and send to 10133440257. TQ

TAHNIAH! ANDA TERPILIH UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI “CELCOM” SEMPENA (ULANG TAHUN’) SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA) TQ.

Penambahan baki akaun **** Mid Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda, dail 0193000910 atau taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.

Anda mempunyai 9 pesanan suara. Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan hantar ke 10132454709.

Senarai terbabit antara SMS yang tidak sah dan cuba mengaburi mata pengguna untuk membalasnya.

Malah, terdapat pengguna kehilangan kredit prabayar sebaik membalas SMS yang diterima mereka.

Salah satu teknik penipuan SMS dilakukan menerusi taktik ‘hoax’ yang mana penghantar SMS dengan sengaja menipu penerima agar percaya kepada sesuatu yang nyata padahal sebenarnya ia hanya khayalan semata-mata.

SMS hoax dilakukan menggunakan mesej sebenar, tetapi menipu dalam konteks atau perkataan yang dimuatkan dalam SMS terbabit.

Contohnya, pengguna akan menerima SMS yang meminta mereka menghantar maklumat kepada 10 orang lain bagi menerima ganjaran tertentu yang langsung tidak wujud.

Masalah penipuan SMS melalui taktik hoax tidak tertumpu di negara ini semata-mata, malah ia tersebar meluas di seluruh dunia terutama selepas peningkatan penggunaan telefon bimbit di kalangan masyarakat.

Gergasi telekomunikasi Australia, Telstra misalnya mengingatkan pengguna agar berhati-hati dengan mesej dalam SMS yang menjanjikan penghantaran SMS percuma kepada pelanggan mereka.

Ia berikutan gejala penghantaran e-mel palsu secara besar-besaran yang memberitahu penerima bahawa mereka akan menerima SMS percuma selama satu bulan sebagai ganjaran untuk menyampaikan mesej kepada lapan orang lain.

Malah tahun lalu, penipuan serupa berlaku di Vietnam apabila ribuan pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi menerima SMS yang memberi harapan palsu bagi menerima 90 dong (mata wang Vietnam).

SMS hoax itu mirip dengan sejumlah e-mel hoax termasuk Siemens Giveaway Hoax yang meminta orang ramai meneruskan penghantaran e-mel kepada lapan orang untuk mendapatkan telefon Siemens baru pada suatu ketika dulu.

Satu lagi taktik menggunakan yang sering dikaitkan dengan jenayah SMS dihasilkan melalui kejuruteraan sosial yang menyamai teknik ‘Phishing’ iaitu ‘Smishing’.

Untuk makluman, Smishing diringkaskan daripada perkataan ‘SMS phishing’ yang dihantar kepada pengguna.

Seperti phishing, smishing menggunakan SMS pada telefon bimbit untuk memancing pengguna mendedahkan maklumat peribadi mereka bertujuan memerangkap individu yang tidak arif mengenai teknologi.

Kaedah yang digunakan untuk benar-benar ‘menangkap’ maklumat pengguna atau menghubungkan SMS yang dibuka ke laman web tertentu secara automatik sebelum ‘mengorek’ data pengguna.

Menyedari penipuan SMS masih belum berhenti dan semakin berleluasa di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan langkah tegas yang bertujuan mengekang penyebaran SMS palsu.

Kajian terbaru yang dikeluarkan Forum Pengguna Malaysia (CFM) menunjukkan SMS tidak dilanggan menguasai 69 peratus daripada sejumlah 97 aduan yang diterima berhubung penyalahgunaan SMS pada 2009.

Manakala penipuan SMS mencatatkan angka 13 peratus selain SMS tidak diundang serta SMS promosi masing-masing sebanyak tujuh peratus.

Lebih membimbangkan, jumlah purata bulanan kes sedemikian mencatatkan peningkatan 100 peratus dari lapan kes sebulan tahun lalu kepada 16 kes sebulan tahun ini.

CFM mendedahkan, pemantauan SMS meliputi mesej tidak dilanggan yang menawarkan pindah turun video lucah, mempromosikan ubat kuat seks lelaki, makluman memenangi sesuatu serta promosi menarik pindah turun masa berbual dengan menawarkan kredit masa berbual serta SMS yang bersifat samar-samar.

Selain itu, CFM turut mengesan SMS yang mempromosikan perkhidmatan pindah turun dengan caj tersembunyi dalam kebanyakan SMS biasa yang tidak diundang.

Tahun lalu, CFM menerima sejumlah 1,331 aduan tahun lalu di seluruh negara.

Mulai Julai ini, penyedia perkhidmatan aplikasi dan kandungan tidak akan terlepas jika mereka didapati bersalah menyalahgunakan teknologi SMS.

Menurut Pengarah Jabatan Pematuhan SKMM, Sharizan Abdul Aziz, tindakan undang-undang akan diambil ke atas syarikat terbabit sebaik saja Akta (Pindaan) Komunikasi dan Multimedia dikuatkuasakan.

“Buat masa ini, kami mendapati terdapat syarikat kecil yang menyalahgunakan perkhidmatan SMS,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara hukuman dikenakan termasuk penjara yang mampu menjadi pencegah kepada syarikat kecil selain kemungkinan berhadapan dengan penutupan perniagaan.

“Tindakan tegas dilakukan turut menjejaskan reputasi syarikat terutama syarikat penyenaraian awam yang mungkin kehilangan keyakinan di kalangan pemegang saham dan pelabur mereka,” katanya.

Sharizan turut menasihatkan masyarakat agar lebih bijak menjadi pengguna dengan meneliti maklumat SMS diterima dan tidak mempercayainya bulat-bulat.

Bagi syarikat telekomunikasi pula, mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaklumkan kepada pengguna mengenai penipuan yang kerap berlaku di talian masing-masing.

Celcom Axiata Berhad (Celcom) menasihatkan ingin pelanggan untuk berhati-hati serta mengabaikan SMS yang menjanjikan ganjaran dan hadiah wang tunai.

Terdapat SMS yang menggunakan nama syarikat terbabit untuk mengaut keuntungan dan Celcom menyarankan pengguna tidak membalas SMS diterima seperti:

TAHNIAH. Simcard Anda Memenangi hadiah Cek Tunai RM20,000 dari peraduan CELCOM. Sila hubungi Call Centre : 006285656242229. Terima kasih

Pengumuman diri PETRONAS Mlys, TAHNIAH! Sim Card Anda tlh memenangi undian bertuah Cek tunai RM10000 Sila hubungi: 006281519347178 Terimakasih

TAHNIAH! Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM20,000. Plus reload kredit RM250 dari peraduan CELCOM. sila dail Call Center 00628565251247. terima kasih.

Dalam kenyataannya, Celcom mengingatkan pelanggan mereka untuk tidak melayan sebarang SMS yang menjanjikan wang tunai sebagai hadiah selain mengabaikan nombor telefon antarabangsa bermula dengan 00xxxxxxxxxxx.

Hanya SMS dari Celcom 12302 atau Xpax saja yang digunakan secara rasmi manakala pengguna yang mendapat SMS meragukan perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1-300-111-000.

Maxis Berhad (Maxis) pula melancarkan kempen ‘Do Not Disturb’ yang mengutamakan privasi pelanggan bagi menangani SMS ‘Spam’ yang diterima.

Syarikat terbabit memasang aplikasi Anti-Spam pada platform mereka yang bertindak sebagai ‘firewall’ menghalang spam berdasarkan kata kunci pengenalan.

Setiap aduan daripada pelanggan akan diselidiki dan berdasarkan penemuan kata kunci dari SMS spam terbabit, ia akan disekat daripada mengakses telefon pelanggan Maxis pada masa depan.

Menurut kenyataan Maxis, SMS Spam yang tidak dikenali biasanya bermesejkan pemasaran atau menawarkan hadiah wang palsu.

SMS spam akan dihantar keluar kepada ribuan pelanggan pada waktu tertentu.

Dalam kebanyakan kes, SMS spam akan dihantar tanpa kelulusan daripada salah satu pelanggan atau pembekal seperti mesej di bawah:

“Tahniah! Cek simcard anda Memenangi Tunai RM20, 000 Dari H0TLINK. Sila hubungi Call Centre: 006281388386555 www.hotlïnk.com.my”

“Selamat! Kad SIM anda telah memenangi hadiah wang tunai RM20, 000 daripada Hotlink. Sila hubungi Call Centre: 006281388386555 www.hotlïnk.com.my “

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) pula menyenaraikan SMS yang dikategorikan palsu mengaitkan nama syarikat telekomunikasi itu untuk mendapatkan keuntungan. Antaranya:

“Tahniah simcard Anda telah menangi Cabutan bertuah daripada ‘DiGi’ wang tunai, RM17,000,00 sila_hub Office; 014.359-0874 terima kasih, Pengirim: DiGi”

“Tahniah SIM CARD ANDA MEMENANGI HADIAH CEK TUNAI RM9,000 CARI PERADUAN ‘DIGI’ SILA HUBUNGI KHIDMAT PELANGGAN : 006281904077791. TERIMA KASIH.

“Tahniah simcard anda memenangi hadiah Cek Tunai dari RM5000 dari AFM Akademi Fantasia Malaysia. Sila hubungi 006281334093111/ 00628133615011 .”

“congratulations!!! Anda memenangi CEK TUNAI RM11,000.00 dari DiGi. Info sila hubungi perkhidmatan DiGi 006281339662763. http://www.digi.com.my”

“You have just won RM9000! You just need to deposit RM1000 cash into this account and the RM9000 will be yours. Bank account xxxxxxxx.”

“Congratulations! SIM Card Anda Telah Berjaya Memenangi BONUS Cek Bertuah RM15,000 Dari PETRONAS, Sila Call Di Talian 006281319779888 Terima Kasih.”

“Forward from +60160000015 this is DiGi special gift for every DiGi user. Just send this message to another 10 DiGi user and you’ll get RM50 free automatic.”

“DiGi TELECOMMUNICATIONS SDN BHD, Tahniah!! Simcard Anda dapat bonus RM17,000, untuk keterengan lanjut sula dil telefon 00006285693774357. Terima kasih.” from +6281514324217

“My number Prepaid Anda dapat bonus RM 14.000. >From astro MLYS. Sila dail number office: 0062817705397 Terima kasih.”

“My Prepaid Anda berjaya Memenangi Cek, Rm14,000, From astro MALAYSIA. Sila dial number talian 0061817705397. Terimakasih”

“+60162999902 : DiGi is celebrating over 900,000 DiGi holder! Send this message to 9 DiGi holder, you’ll receive RM50 free into your cellphone!”

“Congratulation Anda dapat bonus RM17,000 from “KLCC COMMU” sila dail number office, 006285888288549. T’rimahkasih.” A number: +6281511014036

“TAHNIAH!! Sim Card, anda memenangi Peraduan, dari “AKADEMI-FANTASY”. Wang Tunai RM17,000 Information sila Call; 006285880300678 Terima kasih. Pengirim; DiGi”

“TAHNIAH.Simcard Anda Memenangi hadiah cek tunai RM20,000 plus Reload credit 250 dari peraduan DIGI. Sila hubungi Call Center : 006281342141555 Terima kasih.”

“TAHNIAH! Prepaid anda Berjaya memenangi cek RM17.000, – Dari ASTRO MALAYSIA Sila dial number talian office : 006285885788571 Terima Kasih. “

“Congratulations Sim-Card anda Telah Bertuah Memenangi Hadiah Utama wang tunai RM.30.000,00 dr “PETRONAS PRIMAS KLCC” Sila/call/tel 014 3593234 Terima Kasih.”

“Congratulations!!! Anda memenangi 1 buah kereta dari DiGi. Info sila hubungi perkhidmatan DiGi 006281399994933. http://www.digi.com.my.”

“*Happy New Year 2009* get a phone promo price by visit our 1st Melaka “Biz Phone Cafe”. http://www.number94u.com From:SOS Telecommunication (Bacang,Melaka)”

DiGi menasihatkan pengguna agar mengabaikan sebarang SMS yang menjanjikan hadiah wang tunai atau sebarang hadiah dari sumber tidak diketahui.

Ketua Perkhidmatan Pelanggannya, Christina Ng, mengatakan mesej terbabit tidak dihantar DiGi dan menyarankan pelanggan untuk melaporkan dan memadam mesej yang diterima.

“DiGi tidak mengiktiraf surat berantai dengan gaya mesej spam ini. Kami berharap pelanggan kami tidak mudah tertipu,” katanya.

Ng menambah, pelanggan DiGi boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian 016-2211800 atau www.digi.com.my untuk mengesahkan dan melaporkan mesej mencurigakan yang diterima.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula meminta orang ramai berwaspada apabila menerima SMS yang mendakwa dari BNM atau mana-mana bank perdagangan.

“BNM tidak pernah meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

“Berdasarkan aduan yang diterima BNM kebelakangan ini, terdapat peningkatan kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui kegiatan ini bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan mengambil wang akaun mangsa,” katanya.

Orang ramai yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan tawaran hadiah lumayan diminta melaporkan segera ke Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Siber Malaysia (MyCERT) di talian 03-89926969 atau SMS 019-2813801.

Untuk menghindari penipuan SMS, anda harus berhati-hati mendedahkan nombor telefon anda walau di mana anda berada.

Apabila anda mengisi borang pendaftaran, pastikan membaca syarat dan terma sebelum mendedahkan nombor telefon anda.

Sebahagian besar syarikat terkemuka dan perkhidmatan rasmi akan meminta izin untuk mendedahkan butiran anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

Meskipun banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani masalah penipuan SMS ini, pengguna sendiri perlu mengambil langkah bijak dengan menyelidik SMS yang diterima selain memastikan keselamatan nombor telefon anda.

Sumber : Harian Metro

Lima serangan terhadap rangkaian sosial
Kini laman web rangkaian sosial seperti Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi fungsi asas sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Perkembangan pesat laman-laman web ini juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.

Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian bertambah.

Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat komunikasi.

Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

1. Malware – Cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini.

Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

2. Hak persendirian – Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya.

Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.

Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan.

Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya.

Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang.

E-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

3. Tipu helah (phishing) – Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing) . Ia

Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

4. Kecacatan laman – Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna.

Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian.

Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan.

Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui.

Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

5. Spam 2.0 – Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.

Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian?

Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik.

Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video.

Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut?

Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video).

Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian – bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.

Sumber : http://info-ict.blogspot.com

NTLDR is missing…..apa yang perlu anda buat?
Pagi ni bila aku buka komputer di ofis, tiba-tiba keluar error ni…. NTLDR is missing…Press Ctrl+Alt+Del to restart. Aik…semalam elok je. Mula-mula, aku buka la DVD-ROM tu, ada sekeping CD yang sapa tah tinggalkan dalam tu. Try restart balik, masih keluar error yang sama. So, step seterusnya, aku Google la gunakan laptop yang baru aku beli..hehehehe.

Aku terjumpa satu site ni yang bagi guide camne nak setel. Ada dalam 10 kemungkinan dinyatakan dalam tu tapi aku suspect file NTLDR tu dah corrupt. So tanpa buang masa aku terus je cuba cara yang dinyatakan, iaitu copy 2 jenis fail dari CD Windows XP ke dalam C. Oh ye, OS yang aku gunakan ialah Windows XP…

Berikut langkah yang aku buat dan ternyata berhasil!!!

1. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD/DVD-ROM anda (pastikan First Boot device adalah CD/DVD-ROM)

2. Bila keluar ayat “Press any key to boot from CD”, tekanlah mana-mana kekunci di keyboard anda.

3. Tunggu hingga habis loading dalam setup menu tu. Kemudian tekan ‘R’ untuk repair windows

4. Kemudian tekan ’1′ dan tekan Enter

5. Anda kemudian dikehendaki memasukkan password untuk Administrator. Jika anda tiada password administrator atau tidak pernah set password administrator tu, cuba tekan Enter. Kalau pernah set password administrator tapi tak ingat..sori….tips kali ni aku takleh nak bagi. …nanti aku dapat ilham aku bagi eee

6. Kemudian, anda perlu copy 2 fail ni dari CD Windows XP tadi ke dalam root PC anda..yang mana biasanya dalam C. Anda perlu tahu @ ingat  terlebih dulu apa nama drive untuk CD/DVD-ROM tu. Contohnya, jika PC anda mempunyai 2 partition iaitu C dan D, biasanya E adalah drive CD/DVD-ROM. Taip je ikut apa yang tertulis di bawah ni:

copy e:\i386\ntldr c:\

copy e:\i386\ntdetect.com c:\

7. Bila dah buat seperti step di atas, keluarkan CD Windows XP anda dan restart komputer tu.

Step di atas berjaya memulihkan PC yang bermasalah tadi. Step tu mungkin tak berjaya kat semua PC, jadi anda boleh cuba pulak cara lain seperti dinyatakan dalam site yang aku bagi kat atas.

Selamat mencuba!!

Apa ada pada monitor?
Apabila menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, masyarakat sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komputer.

Ibarat aur dengan tebing, komputer tidak lengkap tanpa paparan monitor yang memainkan peranan penting menjelaskan imej yang ditafsir daripada kod nombor dibaca CPU menjadikan gambar terpampang pada skrin.

Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik.

Boleh dikatakan, peranti memaparkan imej terbabit mempunyai dua jenis spesies pada masa kini termasuk tiub sinar katod (CRT) dan pemapar cecair kristal (LCD) yang berlegar di pasaran.

Selain itu, dunia perkomputeran turut mengklasfikasikan monitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD).

Mutu monitor tergantung kepada beberapa faktor terutama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya kerana lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan.

Pada awalnya semua monitor tergolong dari jenis CRT sama seperti yang dilihat menerusi tiub televisyen namun kini populariti monitor jenis LCD kian mendapat perhatian dan bakal menggantikan CRT secara perlahan-lahan.

Semestinya monitor LCD lebih mencuri perhatian apatah lagi ia mampu ditempatkan pada ruang yang terhad, lebih ringan serta menjimatkan bil elektrik berbanding monitor terdahulu.

Paparan PC terawal menggunakan monitor monokrom digunakan untuk memproses imej perkataan saja yang digunakan sistem perkomputeran terdahulu pada 1970-an sebelum IBM memperkenalkan sistem lain pada 1981.

Sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA) pada tahun itu berjaya memperkenalkan empat warna dengan meleraikan piksel kepada 320 secara mendatar dan 200 menegak (320 x 200).

Teknik peleraian CGA sudah cukup untuk kegunaan permainan komputer mudah seperti permainan ‘solitaire’ namun ia tidak mampu memproses perkataan, aplikasi dan penggunaan grafik mudah.

Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350.

Secara tidak langsung, ia memperbaiki kualiti berbanding paparan lebih awal selain memungkinkan pembacaan teks yang lebih mudah.

Sungguhpun begitu, EGA tidak memberikan peleraian imej mencukupi untuk kegunaan bertahap tinggi seperti reka bentuk grafik.

Yang menariknya, mod EGA masih boleh didapati untuk pemprosesan lama dan PC pada kediaman lama.

Sementara itu, pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem paparan Susunan Grafik Video (VGA).

Sistem terbabit masih digunakan sehingga sekarang dan dijadikan piawaian minimum yang dapat diterima untuk PC dengan peleraian maksimum bergantung kepada bilangan warna dipaparkan.

Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.

Menjelang tahun 1990, sekali lagi IBM melangkah untuk mengumumkan sistem paparan Susunan Grafik Terluas (XGA) sebelum mengetengahkan versi berikutnya, iaitu XGS-2 yang memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta warna).

Ia juga mampu membuat peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna.

Kedua-dua tahap peleraian imej ini terus mendapat permintaan hebat di pasaran pada hari ini.

Persatuan Piawaian Elektronik Video (VESA) pula mengasaskan antaramuka pengaturcaraan piawaian untuk paparan Susunan Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA (“VESA BIOS Extension”).

Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna bergantung kepada jumlah memori video tersedia dalam sesuatu komputer yang akan mengehadkan bilangan warna dapat dipaparkan.

Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan tegak.

Zaman moden turut melampiaskan ‘peluhnya’ kepada monitor ala baru menerusi Susunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Susunan Grafik Terluas Ultra (UXGA).

Kebiasaannya, istilah SXGA digunakan untuk merujuk kepada skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024 manakala UXGA membawa pengertian kepada peleraian 1600 x 1200.

Manakala dua teknologi yang diperkenalkan pada monitor baru termasuk paparan berteknologi plasma dan diod sinar organik (OLED) yang mampu memberi keunggulan visual kepada pengguna.

Prestasi monitor banyak bergantung kepada faktor seperti:

1. Luminan

Ia diukur berdasarkan kandela setiap meter persegi yang mempamerkan kekuatan cahaya monitor.

2. Saiz skrin

Walaupun secara teorinya, saiz 10 inci cukup untuk memberi penglihatan kepada pengguna namun monitor turut menawarkan saiz sehingga 42 inci.

3. Nisbah Aspek

Beberapa nisbah aspek kini ditawarkan seperti 4:3 sehingga teknologi terkini iaitu 16:9 bergantung kepada jenis monitor.

4. Resolusi

Antara aspek penting termasuk resolusi paparan memberi makna jumlah piksel setiap dimensi yang boleh disiarkan.

5. ‘Dot Pitch’

Ia adalah jarak antara piksel untuk warna sama dalam millimeter. Secara umumnya, lebih kecil jumlah dot pitch, lebih jelas imej dipaparkan.

6. Kadar ‘Refresh’

Jumlah nombor dalam sesaat yang membuatkan paparan menjadi terang.

7. Masa tindak balas

Jumlah piksel dalam monitor yang berubah dengan pantas. Ia diukur berdasarkan millimeter. Lebih sedikit nombornya, lebih pantas nombor itu, lebih laju pergerakan imej dibawa.

8. Nisbah Kontras

Keseimbangan kecerahan antara putih dan hitam yang mampu dihasilkan monitor.

9. Penggunaan tenaga

Diukur berdasarkan ‘watt’

10. Sudut pandangan

Ia memaparkan sudut pandangan paling jauh yang boleh dilihat berdasarkan darjah.

Acer antara pengeluar monitor paling unggul dengan puluhan produk yang menawarkan keunggulan rekaan dan teknologi malah ia turut memperkenalkan produk terbarunya iaitu Acer H235H dilengkapi beberapa teknologi.

Antaranya, teknologi Pengurusan e-Color yang menyesuaikan mod visual mengikut kehendak pengguna dengan nisbah kontras dinamik 100,000:1.

Kini, monitor menuju perubahan dunia digital apabila turut mengalami evolusi definisi tinggi apabila mula menyokong format HDMI yang dijangka digunapakai dalam lima tahun mendatang.

Harga monitor bagi monitor LCD mungkin bermula RM400 hingga RM2,000 manakala harga bagi HDMI masih tinggi namun demi kepuasan visual terbaik, pengguna perlu memilih produk berkualiti tinggi yang menjamin tahap inovasi canggih.

Walaupun memilih monitor tidak sesukar membuat penilaian terhadap produk dalaman CPU, pengguna masih perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan jangka panjang mampu membawa keuntungan.

Setakat ini, pengguna menyaksikan rekaan monitor berbentuk empat segi tepat namun tidak mustahil pada masa depan, ia boleh dipelbagaikan mengikut selera mata serta keperluan pengguna.

Selain itu, monitor kini berjaya dievolusikan agar ia mampu disentuh seperti dilihat melalui kajian Microsoft menjadikannya lebih dekat dengan naluri manusia yang menggantikan papan kekunci sedia ada.

Kita menunggu evolusi skrin sesentuh pada monitor mampu menghilangkan papan kekunci konvensional pada masa akan datang dan menggantikannya kepada papan kekunci maya yang lebih baik serta menjimatkan ruang.