Informasi ICT, Teknologi Maklumat dan Komunikasi » Teknikal

NTLDR is missing…..apa yang perlu anda buat?
Pagi ni bila aku buka komputer di ofis, tiba-tiba keluar error ni…. NTLDR is missing…Press Ctrl+Alt+Del to restart. Aik…semalam elok je. Mula-mula, aku buka la DVD-ROM tu, ada sekeping CD yang sapa tah tinggalkan dalam tu. Try restart balik, masih keluar error yang sama. So, step seterusnya, aku Google la gunakan laptop yang baru aku beli..hehehehe.

Aku terjumpa satu site ni yang bagi guide camne nak setel. Ada dalam 10 kemungkinan dinyatakan dalam tu tapi aku suspect file NTLDR tu dah corrupt. So tanpa buang masa aku terus je cuba cara yang dinyatakan, iaitu copy 2 jenis fail dari CD Windows XP ke dalam C. Oh ye, OS yang aku gunakan ialah Windows XP…

Berikut langkah yang aku buat dan ternyata berhasil!!!

1. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD/DVD-ROM anda (pastikan First Boot device adalah CD/DVD-ROM)

2. Bila keluar ayat “Press any key to boot from CD”, tekanlah mana-mana kekunci di keyboard anda.

3. Tunggu hingga habis loading dalam setup menu tu. Kemudian tekan ‘R’ untuk repair windows

4. Kemudian tekan ’1′ dan tekan Enter

5. Anda kemudian dikehendaki memasukkan password untuk Administrator. Jika anda tiada password administrator atau tidak pernah set password administrator tu, cuba tekan Enter. Kalau pernah set password administrator tapi tak ingat..sori….tips kali ni aku takleh nak bagi. …nanti aku dapat ilham aku bagi eee

6. Kemudian, anda perlu copy 2 fail ni dari CD Windows XP tadi ke dalam root PC anda..yang mana biasanya dalam C. Anda perlu tahu @ ingat  terlebih dulu apa nama drive untuk CD/DVD-ROM tu. Contohnya, jika PC anda mempunyai 2 partition iaitu C dan D, biasanya E adalah drive CD/DVD-ROM. Taip je ikut apa yang tertulis di bawah ni:

copy e:\i386\ntldr c:\

copy e:\i386\ntdetect.com c:\

7. Bila dah buat seperti step di atas, keluarkan CD Windows XP anda dan restart komputer tu.

Step di atas berjaya memulihkan PC yang bermasalah tadi. Step tu mungkin tak berjaya kat semua PC, jadi anda boleh cuba pulak cara lain seperti dinyatakan dalam site yang aku bagi kat atas.

Selamat mencuba!!

Tukar nama fail imej cara mudah
Gambar yang diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit akan menggunakan nama fail tersendiri sebagai pengenalan kepada sesuatu imej.

Kebiasaannya imej akan diberi nama mengikut tarikh gambar diambil. Ia mungkin juga dimulakan dengan nama jenama kamera digital yang digunakan. Apabila terlalu banyak imej yang disimpan di dalam komputer, kadang kala ia menjadi kepayahan kepada kita untuk mendapatkan gambar yang kita kehendaki.

Oleh kerana kemudahan pencarian hanya boleh mencari gambar mengikut nama fail, maka elok nama fail sesuatu imej ditukarkan kepada nama yang mewakili kandungan gambar imej terbabit.

Menamakan semula nama imej mengikut kandungan satu persatu akan mengambil masa dan remeh, namun kita sebenarnya boleh menamakan sekumpulan imej dengan nama yang sama secara serentak dengan lebih mudah.

Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:

1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan, kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

Penyambungan dua skrin ke satu komputer
Sistem Operasi Windows dan Apple membenarkan lebih dari satu skrin ke sesebuah komputer. Untuk komputer dari jenis desktop, Kad Grafik Video perlu ditambah untuk memberikan satu alat tambahan penyambungan ke skrin baru.

Bagaimanapun, tiada kad tambahan diperlukan untuk komputer dari jenis laptop. Apabila skrin tambahan digunakan pada komputer kita, langkah pengaktifan diperlukan untuk membolehkan skrin yang kedua digunakan.

Untuk mengaktifkan skrin yang kedua, langkah yang berikut perlu dilakukan:

1. Pergi ke menu Start > Control Panel

2. Pilih perisian Display > Setttings

3. Klik di atas Skrin bernombor 2 dan pilih arahan Extend my Windows desktop onto this   monitor

4. Butang Identify boleh ditekan untuk anda memastikan yang sambungan semua monitor adalah sempurna. Jika semuanya sempurna nombor 1 akan dipaparkan di skrin pertama dan no 2 akan dipaparkan di skrin kedua.

5. Secara automatik skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kanan, jika skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kiri maka klik di atas skrin nombor dua dan tolakkannya ke sebelah kiri.

Teknik ini juga boleh digunakan apabila membuat persembahan menggunakan Projektor, dengan teknik ini, aktiviti yang dilakukan di desktop tidak lagi akan dipancarkan di projektor.