Informasi ICT, Teknologi Maklumat dan Komunikasi » Sistem Operasi

Jenis-jenis Windows 2000
Windows 2000 ialah sistem operasi keluaran Microsoft, pengganti kepada Windows NT, telah direka khas untuk perniagaan berbanding untuk penggunaan biasa. Seperti mana versi terdahulu, Windows 2000 ialah sistem operasi 32-bit yang berkebolehan dalam multithreaded dan multitasking. Berikut adalah perbezaan versi Windows 2000 dan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya :

Versi

Direka khas untuk

Ciri-ciri

Windows 2000 Professional

Perniagaan

Baik dalam: Kemudahan; Sekuriti, persembahan, dan boleh        dipercayai; menyokong komputer mudah alih

Windows 2000 Server

Untuk kegunaan kecil atau bersaiz sederhana, kumpulan        kerja, pejabat cawangan, aplikasi jabatan, fail, pelayan cetakan

Multi-pemproses simetri dua-hala (SMP); ActiveDirectory;        management tools; Kerberos dan sekuriti PKI; COM+; sokongan Windows        Terminal; Servis Internet yang lebih baik

Windows 2000 Advanced Server

Untuk kegunaan jabatan

Memiliki ciri-ciri Windows 2000, Multi-pemproses        simetri 4-hala; load balancing; berkelompok; Persembahan-tinggi penyisihan;        fizikal 64-GB memori

Windows 2000 Datacenter Server

Operasi besar – gudang data, Proses Transaksi Online (OLTP),        simulasi sains dan kejuruteraan, penyelesaian Enterprise

Memiliki ciri-ciri Windows 2000 Advanced Server,        ditambah dengan Multipemproses 16-hala SMP

Kelemahan dan Kelebihan Microsoft Windows
Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pengoperasian Windows antaranya ialah gangguan virus, penggodam, worm, dan lain-lain.

Kelebihan

Didalam sistem pengoperasian Microsoft Windows terdapat banyak kelebihan terutamanya dalam Windows XP (SP2). Windows XP SP2 utamakan aspek keselamatan :

10 kelebihan SP2

Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2 .antara kelebihannya ia lebih mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows ini ialah:

Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.

Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.

Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya di samping memberikan anda pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.

Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.

Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.

Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.

Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih efisyen.

Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam.

Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.

Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian wayarles di rumah atau dalam perjalanan.

Apa itu Microsoft Windows
Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007.

Keluarga Microsoft Windows

Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

Ciri-ciri utama

Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP antara ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu setting, kemaskini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui peralatan sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan seting yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka.

Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini.

Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai setting IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak ditandatangani.

Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.

Antaramuka asas Microsoft Windows

Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer (dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya. Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras.

Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan. Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, dulang sistem dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka (jika ada). Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking). Dulang sistem pula menempatkan jam, kawalan suara, ikon peringatan sistem serta beberapa ikon bagi program yang berjalan secara latar belakang seperti perisian antivirus.

Menu Start menempatkan senarai penuh program yang dipasang di dalam Windows, pautan ke Panel Kawalan, Bantuan dan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows. Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai.

Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program).

Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

Sejarah Unix
UNIX merupakan satu sistem pengendalian boleh pindah, penugasan berbilang dan pengguna berbilang yang pada asalnya dibangunkan oleh sekumpulan pekerja di AT&T Bell Labs termasuk Ken Thompson, Dennis Ritchie dan Douglas McIlroy.

Sejarah

1960-an dan 1970-an

Pada 1960an, Massachusetts Institute of Technology (MIT), AT&T Bell Labs dan General Electric bekerjasama dalam satu sistem pengendalian percubaan yang dipanggil Multics (Multiplexed Information and Computing Service), yang telah direkabentuk untuk digunakan ke atas komputer kerangka utama GE-645. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem pengendalian interaktif yang mempunyai banyak kemampuan yang luarbiasa, termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan. Projek tersebut berjaya menghasilkan pengeluaran yang boleh digunakan, tetapi pada awalnya, pengeluaran ini mempunyai prestasi yang agak mengecewakan.

AT&T Bell Labs telah menarik diri dan mengalihkan sumber-sumbernya ke tempat lain. Salah seorang dari pemaju dari kumpulan AT&T Bell Labs, iaitu Ken Thompson, terus memajukannya untuk komputer kerangka utama GE-645, dan menulis permainan komputer yang dipanggil “Space Travel“. Walau bagaimanapun, dia mendapati permainan tersebut sangat perlahan pada komputer GE. Dengan kos $75 sekali lalu dalam masa perkomputeran yang amat terhad, ian juga amat mahal.

Thompson menulis semula permainan tersebut di dalam DEC PDP-7 menggunakan bahasa perhimpunan dengan bantuan Dennis Ritchie. Pengalaman tersebut digabung pula dengan kerjanya dalam projek Multics, mengilhamkan Thompson untuk memulakan sistem pengendalian yang baru untuk DEC PDP-7. Thompson dan Ritchie yang mengetuai sekumpulan pemaju, termasuk Rudd Canaday, di Bell Labs, membangunkan sistem fail dan juga sistem pengendalian penugasan berbilang yang baru. Mereka memasukkan pentafsir arahan dan beberapa atur cara utiliti yang kecil. Projek tersebut digelarkan UNICS oleh Brian Kernighan, singkatan bagi “Uniplexed Information and Computing System“, kerana ia boleh menyokong dua pengguna pada masa yang sama. Disebabkan UNICS mempunyai makna yang tidak elok, ia kemudian telah ditukar kepada UNIX dan sejarah kelahirannya pun bermula.

Pada 1973, keputusan telah dibuat untuk menulis semula UNIX di dalam bahasa pengaturcaraan C. Perubahan ini bermakna UNIX pada masa hadapan akan lebih mudah diubahsuai untuk digunakan pada komputer yang berlainan (dengan itu menjadi boleh pindah), dan variasi yang berlainan boleh dibangunkan oleh pemaju yang lain. Kodnya sekarang yang kini lebih padat dan ringkas menyebabkan perkembangan pesat dalam pembangunan UNIX. AT&T menjual UNIX secara perlesenan kepada universiti dan firma komersial, termasuknya kerajaan Amerika Syarikat. Perlesenan ini merangkumi kesemua kod sumber kecuali kernel untuk komputer yang tertentu, yang mana ia ditulis menggunakan kod perhimpunan PDP-11.

Pembangunannya diteruskan, dengan versi 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan sehingga 1975. Kemudian versi ini menambah ‘paip’, menjadikan pembangunan kod asas yang lebih modular, pertumbuhan pembangunnya sentiasa bertambah. Sehingga 1978, lebih 600 komputer telah menggunakan UNIX dalam pelbagai keadaan. Versi 7, versi terakhir Penyelidikan UNIX akan dikeluarkan secara meluas, ia telah dikeluarkan pada 1979. Versi 8, 9 dan 10 telah dibangunkan sepanjang 1980-an tetapi ia hanya dikeluarkan kepada beberapa universiti, walaupun ia menghasilkan beberapa kertas yang menjelaskan cara kerjanya yang baru. Penyelidikan ini telah memacu pembangunan Pelan 9, satu sistem pengagihan yang baru.

1980-an

AT&T membina UNIX Sistem III, berasaskan Versi 7, sebagai versi komersial dan menjual produk tersebut secara terus. Versi pertamanya telah dilancarkan pada 1982. Walau bagaimanapun subsidiarinya, Western Electric, terus menjual versi UNIX lama, berasaskan sistem UNIX (versi 1 hingga 7). Untuk menamatkan kekeliruan diantara semua versi yang berbeza, AT&T telah mencantumkan pelbagai versi yang dibina di lain-lain universiti dan syarikat kedalam UNIX Sistem V Terbitan 1. Versi ini memperkenalkan perbagai ciri seperti ‘penyunting vi’ dan ‘curses’ (“curses” ialah perpustakaan perisian untuk sistem Unix dan serupanya yang dikawal oleh terminal), dari “UNIX Berkeley Software Distribution” yang dibangunkan oleh University of California, Berkeley (UCB). Ia juga menyokong komputer DEC VAX.

UNIX komersial yang baru dikeluarkan tidak lagi mengandungi kod sumber dan juga UCB masih terus membangunkan BSD UNIX sebagai alternatif kepada UNIX Sistem III dan V, yang pada asalnya atas senibina PDP-11 (keluaran BSD 2.x, berakhir dengan versi 2.10). Apapun aspek yang paling penting dalam usaha pembangunan BSD adalah penambahan kod rangkaian TCP/IP kepada kernel UNIX yang dipakaiguna umum. Usaha BSD menghasilkan lapan keluaran yang ketara yang mengandungi kod rangkaian: 4.1c, 4.2, 4.3, 4.3-Tahoe (“Tahoe” merupakan nama panggilan senibina CCI Power 6/32 yang merupakan port bukan-DEC bagi kernel BSD, 4.3-Reno (untuk menyamakan penamaan “Tahoe”, dan merupakan keluaran yang diperjudikan), Net2, 4.4, and 4.4-lite. Kod rangkaian yang terdapat dalam keluaran ini merupakan asal usul kepada boleh dikatakan semua kod rangkaian TCP/IP yang digunakan pada hari ini, termasuk kod yang kemudiannya dikeluarkan oleh AT&T dan Microsoft Windows.

Lain-lain syarikat mula menawarkan versi komersial UNIX untuk komputer mini atau stesen kerja komputer mereka. Kebanyakan UNIX komersial ini dibangunkan dari asas Sistem V dibawah lesen AT&T. Yang lainnya memilih BSD. Seorang dari pemaju utama BSD, Bill Joey, menubuhkan Sun Microsystems pada 1982 dan mencipta SunOS (sekarang Solaris) untuk stesen kerja komputer mereka. Pada 1980, Microsoft mengumumkan UNIX pertama mereka untuk pemproses 16-bit yang dipanggil Xenix, dimana Santa Cruz Operation (SCO) mencambahkannya kedalam pemproses Intel dalam tahun 1983, dan pada akhirnya mencawangkan Xenix kedalam SCO UNIX dalam tahun 1989.

AT&T menambah pelbagai ciri kedalam UNIX Sistem V, seperti penguncian fail, pentadbiran sistem, kawalan kerja (berdasarkan ITS), strim, sistem fail jauh dan TLI. Bagaimanapun diantara tahun 1987 dan 1988, AT&T membuat keputusan untuk menggabungkan Xenix, CSD, SunOS dan Sistem V kedalam Sistem V Terbitan 4 (SVR4). Keluaran baru menggabungkan kesemua ciri-ciri terdahulu kedalam satu bungkusan, dan menyuarakan berakhirnya persaingan versi. Ia juga meningkatkan bayaran lesen yang amat ketara.

1990-an

Pada 1991, sekumpulan pemaju BSD (Donn Seeley, Mike Karels, Bill Jolitz, and Trent Hein) telah meninggalkan University of California untuk menubuhkan Berkeley Software Design, Inc. (BSDI). BSDI merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan versi BSD UNIX yang berfungsi sepenuhnya untuk pelantara Intel yang mudah dan boleh didapati dimana saja, ia telah memulakan gelombang dalam penggunaan perkakasan yang murah dalam penghasilan perkomputeran. Tidak lama selepas ia ditubuhkan, Bill Jolitz telah meninggalkan BSDI untuk menghasilkan edaran 386BSD, yang secara amnya dikenali sebagai usul asal perisian-percuma FreeBSD, OpenBSD, and NetBSD.

Sehingga 1993 kesemua dari vendor komersial UNIX telah menukar variasi komersial mereka berasaskan SVR4, dan banyak ciri-ciri BSD ditambah ke atasnya.

Tidak lama selepas UNIX Sistem V Terbitan 4 dikeluarkan AT&T telah menjual segala hak mereka atas UNIX kepada Novell. Novell membangun kan versinya sendiri yang dipanggil UnixWare, mencantumkan Netwarenya dengan UNIX Sistem V Terbitan 4. Novell cuba menggunakan ini untuk menentang Windows NT, tetapi pasaran utama mereka terjejas dengan teruknya.

Pada 1994, Novell mengambil keputusan untuk memecahkan longgokan aset UNIX dan menjual sebahagian daripadanya. Cap dagangan UNIX dan hak persijilan dijual kepada X/Open Consortium, yang merupakan kumpulan industri yang menetapkan “Piawaian UNIX”. Akhirnya, X/OPEN and OSF (pesaing piawaian SVR4) bergabung dan membentuk Open Group. Beberapa piawaian oleh Open Group kini menetapkan apa yang merupakan dan apa yang tidak merupakan sistem pengendalian ‘UNIX’.

Pada 1995, pentadbiran perniagaan dan sokongan lesen UNIX yang wujud serta hak untuk meneruskan pembangunan kod asas Sistem V telah dipindahkan kepada Santa Cruz Operation. Novell mengekalkan hakcipta, hak veto terhadap aktiviti pelesenan SCO, dan 95% hasil-hasil lesen.

2000-an

Pada 2000, Santa Cruz Operation menjual kesemua aset dan perniagaan UNIX kepada Caldera Systems, yang kemudian menukar namanya kepada SCO Group. Pemain baru ini memulakan kempen perundangan keatas beberapa pengguna dan vendor Linux. SCO Group telah menawarkan beberapa teori perundangan terhadap beberapa kes. Selain mendakwa pelanggaran rahsia perniagaan oleh IBM, atau pelanggaran kontrak oleh bekas Santa Cruz yang telah bertukar kepada Linux. Teori yang paling jauh adalah kerja pembangunan yang dibuat oleh IBM keatas AIX dianggap kerja sampingan dan dengan sebab itu ia dianggap milik SCO. Jika ini benar, ia juga akan memberi kesan kepada semua lesen UNIX.

Walau bagaimanapun, Novell telah membantah kenyataan SCO group sebagai pemegang hakcipta sumber asas UNIX. Menurut Novell, SCO (begitu juga SCO group) hanya sebagai pemegang francais Novell. SCO group tidak bersetuju dengan ini, dan pertelingkahan ini menghasilkan kes saman SCO lawan Novell.

Sesungguhnya pada tika dan saat ini, SCO Group memegang hak ke atas kod sumber UNIX, Open Group memegang hak ke atas cap dagangan UNIX.

Sistem pengendalian klon UNIX yang bebas

Pada tahun 1983, Richard Stallman mengumumkan Projek GNU, ia merupakan satu usaha bercita-cita tinggi iaitu untuk membina satu sistem pengendalian klon UNIX yang boleh diedarkan atau digunakan secara bebas. GNU telah dapat mencipta banyak utiliti untuk UNIX seperti “Alatan GNU”, “Perpustakaan Perisian C GNU” dan sebagainya. Namun begitu percubaan GNU untuk memenuhi manifesto Stallman dengan menyediakan inti gantian untuk UNIX bergerak sangat perlahan.

Masalah inti gantian telah diselesaikan apabila Linus Torvalds mencipta inti Linux dan memberikan kepada awam. Kombinasi inti Linux dan “Alatan GNU” menjadikannya sebagai satu sistem pengendalian lengkap yang bebas dan dipanggil GNU/Linux atau secara amnya, Linux.

Walau bagaimanapun, GNU dan Linux bukan yang tunggal. Dengan penyelesaian saman pada 1994 diantara UNIX Systems Laboratories menentang University of California dan Berkeley Software Design Inc. (USL v. BSDi), BSD UNIX mengalamai pembaharuan. Saman tersebut telah mengesahkan Berkeley mempunyai hak untuk mengedarkan BSD UNIX — secara percuma, jika ia menginginknnya. Kemudian, keluaran BSD telah dibangunkan ke beberapa arah yang berlainan, menjadi projek yang sekarang dikenali sebagai FreeBSD, NetBSD dan OpenBSD. FreeBSD merupakan pilihan gantian bagi Linux, mempunyai sokongan yang kuat dan merupakan hasil sampingan BSD yang paling popular. OpenBSD terkenal dengan ciri-ciri keselamatannya, sementara NetBSD menjurus kepada mencambahkan sistem pengendalian ke dalam banyak pelantara.

Mac OS
Mac OS, yang bererti Macintosh Operating System, atau Sistem Operasi Macintosh, adalah sistem operasi untuk komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem operasi pertama yang menggunakan antaramuka pengguna grafik (GUI). Pasukan Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld.

Terdapat pelbagai pandangan bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana idea asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian (On-Line System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya.

Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem operasi pada tahun awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang “terus berfungsi” apabila anda menghidupkannya.

Versi

Sistem Operasi Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti “Sistem 6.0.7″ atau “Sistem 7″. Pada awalnya juga dikenali sebagai Kotak Perkakasan “Toolbox”; yang mengandungi himpunan rutin piawaian yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepada perkakasan komputer itu sendiri.

Pengabstrakan ini yang membenarkan applikasi Mac ditulis untuk satu generasi sistem digunakan pada generasi berikutnya, sebagai contoh: dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada Power Macintosh. Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan kewujudan sistem operasi ini bagi membezakan Mac daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah seperti “sistem” dan “kotak perkakasan (the toolbox)” merupakan cara mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem operasi dan Macintosh API seterusnya mengelakkan penggunaan istilah teknikal (technical jargon). Sehingga kemunculan era sistem G3 (yang dikenali sebagai mesin “dunia baru”), sebahagian besar sistem disimpan dalam ROM fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem pada cakera yang menambah, mengesampingkan (override)atau memperbaiki rutin ROM. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang simpanan dalam cakera liut yang terhad untuk sistem sokongan, kerana komputer Mac yang terawal tidak mempunyai cakera keras. Sebenarnya cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable) menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.

Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada 1996) merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS kerana wujudnya “klon-klon” Mac, sistem yang hampir serupa daripada syarikat-syarikat lain seperti Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak memberitahu dengan jelas bahawa sistem operasiannya merupakan hak milik intelektualnya sendiri.

Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Mac OS “Klasik”, sistem yang mula-mula dikeluarkan untuk Mac yang pertama pada tahun 1984 hinggalah Mac OS 9.

Mac OS X (huruf “X” itu disebut sepuluh, iaitu nombor Roman) yang lebih baru. Mac OS X memasukkan unsur-unsur BSD Unix, OpenStep, dan Mac OS 9. Sistem tahap rendah asasnya, Darwin yang berasaskan Unix, merupakan sumber terbuka.

Apa dia Sistem Operasi (Operating System)?
Dalam bidang perkomputeran, Sistem Operasi @              Sistem Pengoperasian @ Sistem Pengendalian (Operating              System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal              serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas,              dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses              perkataan, dan pelayar web.

Secara am, istilah ini sering digunakan untuk              merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru,              sebelum perisian tambahan dipasang (install).

Sistem Operasi memastikan [aplikasi/program/perisian]              lain berupaya mengguna memori, perkakasan/peranti input-output, dan              mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (file              system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan (run),             Sistem Operasi menjadualkan supaya setiap proses aplikasi              mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan              proses masing-masing.

Sehingga awal tahun 2004, Sistem Operasi terkenal yang tersebar luas penggunaannya dalam Komputer Peribadi,              telah bergabung kepada 2 keluarga : Keluarga Microsoft Windows, dan              Keluarga ala-Unix (ini termasuk pelbagai definisi Unix yang berbeza,              Linux dan Mac OS X).

Unix diguna secara meluas di institusi akademik dan sebagai aplikasi              sokongan (back-end implementation), manakala Windows lebih              laris digunakan di kalangan Pengguna biasa (home user),              selain daripada perniagaan untuk kegunaan muka (front-end).              Sebagai Pelanggan, Windows jauh lebih luas penggunaannya, dan ini              meletak pasaran saham Microsoft dalam peratusan 90-98%. Linux              merupakan Sistem Operasi yang lebih banyak diguna sebagai              Pelayan Web (Web Server), dan sekarang sudah mula diguna di              rumah serta persekitaran Perniagaan. Disebabkan ia percuma,              Sistem Operasi ini mula mendapat tempat di sebahagian syarikat.              Mac OS X (yang mengguna sistem Unix), serta warisan awalnya, lebih              laris di kalangan pengguna biasa dan dalam bidang multimedia.

Apa itu Linux?
LINUX adalah satu Operating System (Sistem Operasi) berasaskan UNIX yg dicipta untuk PC khususnya menggunakan processor INTEL, SPARC, Alpha dan boleh digunakan untuk server atau workstation. Dari satu CD installer (Redhat version 6.2 dan sebelumnya kerana mulai version 7.0 dah menggunakan 2 CD) kita boleh setup workstation atau server apa saja, mail, web, print, file, DNS, firewall dan macam2 lagi!

Sejarah LINUX

Segalanya bermula pada Ogos 1991, seorang pelajar dari Finland mengepos (email la!) pada comp.os.minix newsgroup yg berbunyi:

Hello everybody out there using minix -

I’m doing a (free)operating system (just a hobby,

won’t be big and professional like GNU)

for 386 (486) AT clones.

Dialah Linus Torvalds, dan dari hobinya tu la akhirnya jadi apa yg hari ni kita kenal sebagai LINUX. Ianya menggunakan standard POSIX dan dibangunkan bukan sahaja oleh Linus Torvalds, tetapi oleh beratus-ratus programmer seluruh dunia. Segala-galanyanya menjadi semakin besar dan menarik minat ramai programmer dari seluruh dunia.

LINUX juga adalah percuma! Percuma macam mana tu? Tak nak beli yg original pun boleh, download je ISO dari site LINUX (tapi takde support dari distribution) dan boleh pakai. Takde salah pun! LINUX juga datang dengan full source code. Jadi anda boleh membina LINUX anda sendiri dari source code tersebut dan men”distribute”kannya kembali (dengan syarat anda juga mesti membekalkan source code anda). Juga LINUX berasaskan packages.. senang menginstall dan uninstall serta upgrade.. bole juga guna dalam bentuk lain2 source (..tar.gz etc.

Jenis2 Distribution LINUX

RedHat LINUX

Debian LINUX

Slackware LINUX

Mandrake LINUX

Caldera OpenLinux

SuSE Linux

Corel LINUX

dan banyak lagi… seperti Stampede, VA Linux, Black Cat, RedFlag.. cuma yg diatas ni dikira “orang2 lama” kecuali Corel.. lagi satu.. kebanyakan diatas dibina berasaskan UNIX SystemV kecuali Slackware yg berasaskan BSD UNIX (tetapi kernel dia tetap linux.jgn salah paham).

Linux dalam satu disket

MuLINUX

ShareTheNet

FreeSCO

Gater

Sebenarnya, kesemua LINUX diatas ni hampir sama.. yg membezakannya cuma packages.. jadi untuk mengetahui version mana yg terbaru, cuma perhatikan kernel version contohnya 2.0.36 untuk RedHat 5.2 , 2.2.14 untuk Redhat 6.2 hinggalah yg terbaru (stable release masa site ni ditulis) 2.4.2 untuk RedHat 7.1.

LINUX dan UNIX

Pernah dengar nama UNIX? mungkin pernah.. mungkin tak.. kalau pernah dengar pun.. tapi dimana ya?.. Sebenarnya UNIX sudah lama bertapak dalam dunia pengkomputeran dunia (antara yg terawal sekitar 60′an), cuma wujudnya adalah didalam sistem Supercomputer atau Mainframe menyebabkan tak ramai yg tahu dan mampu untuk menggunakannya.

Harganya?… teramat2 mahal! Puluh atau ratus ribu beb! Itupun sebesar almari! Secara asasnya UNIX dicipta oleh Dennis Ritchie dan Ken Thompson dari AT&T (Bell Labs).. dari situ timbullah berbagai versi UNIX ( BSD, SystemIII, SystemV )..

UNIX sememangnya sudah terkenal sebagai tulang belakang sistem server terutamanya untuk internet. Masalah kos yg menyebabkan cuma beberapa syarikat besar saja mampu untuk membeli sistem UNIX. Beberapa jenis UNIX di pasaran:

SunOS/Solaris (SunMicrosystem)

HP-UX (Hewlett-Packard)

IRIX (Silicon Graphics)

AIX (IBM)

ULTRIX (Digital Equipment Corporation)

UNIX mmg terkenal dengan multitasking, mampu untuk menjalankan beratus2 malah beribu proses serentak tanpa menjejaskan prestasinya. LINUX merupakan klon UNIX. Cuma membezakannya adalah platform dan hardware dimana LINUX berjalan di atas PC biasa dan UNIX di atas komputer mainframe, contohnya SunOS/Solaris yg dijalankan diatas server Sun menggunakan processor SPARC (dari Sun sendiri). Jadi simplenya, LINUX mempunyai segala kebagusan UNIX tetapi mampu untuk di”lari”kan diatas PC biasa. Menakjubkan kan?

Lain-lain Open Source Operating System

Sebenarnya, OpenSource Operating System ni bukan LINUX sahaja .. ada beberapa lagi yang muncul selepas LINUX “meledak” dimata dunia. Kebanyakannya sudah lama ada.. cuma mendiamkan diri/low-profile.. tapi sejak LINUX begitu diberi perhatian meluas.. maka ini mendorong mereka untuk “menjenguk ke permukaan”. Apa2 pun ini adalah persaingan sihat dan positif.. semuanya keluarga UNIX.

FreeBSD

OpenBSD

NetBSD

Bezanya cuma sedikit.. menggunakan sistem BSD sedangkan kebanyakan LINUX menggunakan SystemV (hanya Slackware yg menggunakan BSD-style dan hampir menyerupai FreeBSD. Inipun kerana Patrick Volkerding tu sendiri org FreeBSD!!). Kesemuanya diasaskan dari source code 4.4BSD-Lite (BSD adalah versi UNIX yg pertama/terawal muncul sebelum SystemIII diikuti SystemV yg membentuk UNIX/LINUX sekarang) dan sekarang pengaruh mereka juga semakin berkembang. Untuk pengetahuan anda, server

Yahoo! , Hotmail dan banyak lagi menggunakan sistem BSD. Walaupun Hotmail itu sendiri hakmilik Microsoft Corp., kenapa tak pakai WinNT atau Win2K? Kerana UNIX/LINUX is the best solutions! Laju, selamat dan lain2 lagi! (Ini yg cuba dirahsiakan oleh Microsoft) Syabas untuk OpenSource!

Perbezaan LINUX dan WinNT

Perbezaan? Satu persoalan yg bagus! Kebanyakan pihak (terutama dari Microsoft) mendakwa sistem server NT adalah bagus dan multiuser/ multitasking tapi sebenarnya fakta ini amat bercanggah sama sekali.

Sebenarnya dalam NT, memang ada pelbagai user dan anda boleh mengakses ke sistem server tersebut. Apa yg dapat anda lakukan apabila mengakses ke sistem server tersebut? Cuma share file dan print sahaja.. bagaimana dengan software / install dan lain2? payah nak cakap   cuma yg boleh diberitahu dengan LINUX, jika anda add account shell, anda boleh install, copy,delete, uninstall , execute dan lain2 pada software anda dan cuma anda sahaja yg berhak keatasnya! ( kecuali root sebagai system admin yg berhak 100% pada sistem ).

Kalau nak diceritakan terlalu banyak sebenarnya.. mampukah sebuah mesin dengan processor 486 dengan 8MB RAM menjalankan tugas server web dengan WinNT? Tapi dengan LINUX ianya boleh!